Show simple item record

dc.contributor.authorAsraff, Ariff
dc.contributor.authorHalijah, Ibrahim
dc.date.accessioned2019-09-06T08:07:06Z
dc.date.available2019-09-06T08:07:06Z
dc.date.issued2019
dc.identifier.citationMovement, Health & Exercise (MoHE), vol.8(2), 2019, pages 99-105en_US
dc.identifier.issn2231-9409 (Print)
dc.identifier.issn2600-9404 (Online)
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/61641
dc.descriptionLink to publisher's homepage at http://www.mohejournal.com/index.php/moheen_US
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk membandingkan tahap perkembangan motor kasar kanak-kanak orang asli yang berumur sepuluh tahun di negeri kelantan dan juga Johor dengan menggunakan kaedah Test of Gross Motor Development-2 (TGMD-2). Kajian ini berbentuk deskriptif yang melibatkan 80 orang subjek (Kelantan:40, Johor:40) yang berumur sepuluh tahun. Ujian TGMD-2 telah dijalankan untuk mengukur tahap perkembangan motor kasar kanak-kanak Orang Asli bagi kemahiran lokomotor dan manipulatif. Skor yang diperolehi ditranskripkan bagi mendapatkan skor GMDQ. Skor-skor ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Versi 22.0 bagi membandingkan min pencapaian motor kasar kanak-kanak Orang Asli di dua negeri yang terlibat. Hasil dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi GMDQ kanak-kanak Orang Asli yang berumur sepuluh tahun di Kelantan dan johor [F (78) = 2.55, p> .05]. Kajian menunjukkan subjek Tahun Empat di Kelantan mengalami masalah yang sangat ketara berbanding Johor dalam tiga pembolehubah utama kajian iaitu skor piawai lokomotor (SPL), skor piawai manipulatif (SPM) dan skor tahap perkembangan motor kasar (GMDQ). Kumpulan ini juga mengalami kelewatan ketara sebanyak 3.59 tahun dalam skor kesetaraan umur lokomotor (AEL) dan skor kesetaraan umur manipulatif (AEM) sebanyak 4.76 tahun berbanding umur asal. Ini menunjukan walaupun kanak-kanak Orang Asli mempunyai tahap kecergasan yang baik namun tahap perkembangan motor kasar mereka masih lagi pada tahap yang lemah. Dicadangkan pada masa akan datang satu pendekatan yang baru dapat dilaksanakan supaya perkembangan motor kasar murid-murid Orang Asli berkembang dengan baik mengikut umur kronologi.en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherKementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Malaysiaen_US
dc.subjectKemahiran motor kasaren_US
dc.subjectKemahiran lokomotoren_US
dc.subjectKemahiran manipulatifen_US
dc.subjectTest of Gross Motor Development-2 (TGMD-2)en_US
dc.subjectKanak-kanak Orang Aslien_US
dc.titleTahap Perkembangan Motor Kasar dalam Kalangan Murid Orang Asli di Kelantan dan Johoren_US
dc.typeArticleen_US
dc.contributor.urlrizal_um86@yahoo.comen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record