Teknologi Radiasi Terhadap Polimer
View/ Open
Date
2017Author
Nik Noriman, Zulkepli (Editor)
Sam, Sung Ting (Editor)
Mohd Firdaus, Omar (Editor)
Metadata
Show full item recordAbstract
Teknologi Radiasi terhadap Polimer adalah buku rujukan ilmu yang merujuk kepada pengetahuan dalam bidang radiasi,
yang berfokuskan kepada bidang polimer. Secara asasnya, sinaran radiasi adalah pelepasan tenaga dalam bentuk
haba, zarah atau gelombang elektromagnet/cahaya (foton). Terdapat dua jenis radiasi iaitu radiasi berion dan radiasi
tidak berion. Dua sumber radiasi yang sering digunakan dalam proses polimer ialah sumber radiasi yang memancarkan sinar
gama dan sumber radiasi yang memancarkan sinar elektron. Selain memberi manfaat kepada ekonomi, teknologi radiasi
terhadap polimer juga mempunyai banyak kelebihan teknikal dan juga kepada alam sekitar. Tahap pencemaran yang
rendah, penggunaan tenaga yang rendah, serta potensi dalam polimer kitar semula, menjadikannya sebagai teknologi
hijau dengan daya tarikan yang luar biasa.Penulisan buku ini telah dikemaskini mengikut keperluan dan kesesuaian para
pembaca. Buku ini amat sesuai sebagai bahan rujuan kepada para pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), matrikulasi,
diploma, teknikal dan vokasional, sarjana muda dan juga ijazah tinggi memandangkan permintaan yang tinggi terhadap
teknologi radiasi dalam konteks keberadaan bahan ilmiahnya.
Collections
- Books [132]