Dadah Dalam Masyarakat: Isu dan Pemulihan
View/ Open
Date
2016Author
Shuhairimi, Abdullah (Editor)
Huzili, Hussin (Editor)
Noor Salwani, Hussin (Editor)
Metadata
Show full item recordAbstract
Isu penyalahgunaan dadah di negara kita sedang berleluasa dan peningkatannya pada kadar yang membimbangkan khususnya ketagihan kepada bahan-bahan haram ini dalam kalangan belia yang boleh menjadikan krisis sosial besar kepada negara. Pengguna dadah pada hari ini adalah terdiri daripada golongan muda. Berdasarkan kepada pemerhatian didapati kecenderungan golongan muda terjebak dengan penyalahgunaan dadah adalah disebabkan oleh terpengaruh dengan gaya hidup keseronokan melampau.Penulisan buku ini akan membawa pembaca untuk memahami isu-isu yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah dan penawarnya dari sudut konsep pandang agama. Setidak-tidaknya kaedah agama boleh dilihat sebagai alternatif untuk menangani psikologi jiwa manusia yang telah terpesong daripada objektif kehidupan manusia. Agama bukan sahaja dikhususkan kepada ibadah yang bersifat diri semata-mata bahkan ia perlu dijadikan panduan dan cara hidup manusia untuk menjadi insan yang terbaik. Keperluan untuk kembali berpegang kepada ajaran agama akan menghasilkan natijah yang positif dalam diri manusia. Secara tidak langsung, ia akan memberikan gelombang yang positif terhadap pembentukan masyarakat dan negara amnya.
Collections
- Books [132]