Show simple item record

dc.contributor.authorMohamad Khairi, Haji Othman
dc.date.accessioned2016-05-16T08:46:30Z
dc.date.available2016-05-16T08:46:30Z
dc.date.issued2014
dc.identifier.citationJournal of Human Development and Communication (JoHDEC), vol.3 (Special Issue) , 2014, pages 81-92en_US
dc.identifier.issn2289-2702
dc.identifier.urihttp://johdec.unimap.edu.my/
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/41584
dc.descriptionLink to publisher's homepage at http://johdec.unimap.edu.myen_US
dc.description.abstractAspek penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran adalah mustahak, terutamanya untuk menyediakan pelajar yang mempunyai ketahanan diri yang kukuh. Pelajar yang dididik melalui sistem persekolahan mestilah mampu menghadapi cabaran semasa dan juga cabaran masa depan. Cita-cita ini akan tercapai sekiranya mereka menghayati nilai-nilai murni yang menjamin pembentukan peribadi dan sahsiah diri yang utuh, kental dan padu. Justeru, kertas kerja ini membincangkan hasil kajian amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran Bahasa Melayu dan hubungannya dengan penghayatan nilai murni pelajar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan deskriptif. Data dikutip melalui soal selidik yang melibatkan sampel kajian terdiri daripada 448 orang pelajar pelbagai bangsa sekolah menengah harian terpilih di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kekerapan penerapan nilai murni dalam pengajaran Bahasa Melayu dengan penghayatan nilai murni pelajar. Selain itu, kajian mendapati hanya teknik model/contoh penerapan nilai murni dalam pengajaran sahaja yang mempunyai hubungan signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar. Rumusannya, dapatan kajian ini dapat menjadi panduan bagi memastikan amalan penerapan nilai murni dapat dilaksanakan dengan baik. Hal ini demikian kerana nilai-nilai yang diterapkan adalah nilai sejagat yang diterima oleh semua masyarakat yang terdiri daripada Melayu, China dan India. Secara tidak langsung, ia memberi implikasi dalam mewujudkan kelangsungan hubungan antara kaum melalui amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran guru khususnya dalam Bahasa Melayu yang merupakan mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar pelbagai bangsa.en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherCenter for Communication Technology And Human Development (UniMAP)en_US
dc.subjectNilai murnien_US
dc.subjectBahasa Melayuen_US
dc.subjectNilai murni pelajaren_US
dc.titleHubungan penerapan nilai murni dalam pengajaran Bahasa Melayu dengan penghayatan nilai murni pelajaren_US
dc.typeArticleen_US
dc.contributor.urlm_khairi@uum.edu.myen_US
dc.contributor.urlokhairi@ymail.comen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record