• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • Journal Articles
    • Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM)
    • View Item
    •   DSpace Home
    • Journal Articles
    • Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM)
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Warisan adat istiadat sambutan hari keputeraan Raja Perlis: antara budaya dan agama

    No Thumbnail [100%x80]
    View/Open
    Siraj_II_1_1-30.pdf (3.217Mb)
    Date
    2014-06
    Author
    Mohd Nizam, Sahad
    Shurairimi, Abdullah
    Jamsari, Jamaluddin
    Suhaila, Abdullah
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Warisan adat istiadat istana dipelihara oleh pihak istana dan dipraktiskan mengikut prosedur dan protokol tertentu. Adat istiadat istana ini melambangkan status kebesaran dan kedaulatan Raja dalam hubungannya dengan rakyat jelata. Sungguhpun hubungan raja dan rakyat dikatakan rapat, namun tidak semua perkara tentang raja dapat dimaklumi dan didekati oleh rakyat lantaran terdapat tatacara dan protokol rasmi pada kehidupan raja di istana. Hal ini termasuklah adat istiadat dan sambutan hari keputeraan raja, hari pertabalan, kemangkatan raja dan sebagainya. Artikel ini cuba menyorot adat istiadat istana Arau dalam sambutan Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis dengan tujuan utamanya untuk mengenal pasti warisan adat istiadat istana yang dipraktiskan termasuklah perjalanan keseluruhan majlis, adat semasa di balairong seri dan alat kebesaran diRaja serta pingat dan anugerah yang diberikan supaya menjadi informasi kepada rakyat jelata. Di samping itu, artikel ini juga akan menyorot perihal pengaruh budaya dan agama dalam perjalanan adat istiadat tersebut. Dari sudut metodologi pengumpulan data, kajian ini menggunakan kajian kepustakaan dan kajian lapangan yang melibatkan pemerhatian perjalanan adat istiadat dan temubual dengan informan berkelayakan dalam hal adat istiadat istana. Hasil kajian mendapati bahawa pengaruh Islam begitu dominan dalam keseluruhan perjalanan adat istiadat hari keputeraan Raja Perlis.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/dspace/handle/123456789/35701
    Collections
    • Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) [13]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    NoThumbnail