Zakat: keharmonian masyarakat dan kemakmuran negara
Abstract
Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga dan merupakan sumber penjanaan ekonomi yang bermanfaat kepada negara secara amnya dan masyarakat khususnya. Dari sudut bahasa zakat bererti keberkatan, kesucian, perkembangan dan kebaikan. Sementara dari sudut syarak pula zakat ialah sebahagian harta tertentu yang telah diwajibkan oleh Allah SWT untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam al-Quran. Dalil-dalil dan ijmak bersepakat bahawa zakat adalah wajib dikeluarkan oleh orang Islam yang berkemampuan. Pengurusan zakat yang sistematik mampu memperbaiki kedudukan masyarakat dari segi moral dan taraf hidup. Ia dapat membersihkan jiwa dari sifat kedekut dan bakhil. Malahan ia juga merupakan satu sumber penjanaan ekonomi Islam dan penjamin ke arah kestabilan dan kesinambungannya. Golongan penerima zakat terdiri daripada fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharimin, fisabillah, ibnissabil. Zakat mendidik umat Islam bantu-membantu satu sama lain untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat dan sekaligus membantu memakmurkan negara.