Show simple item record

dc.contributor.authorUmmadevi, a/p Suppiah
dc.contributor.authorSivachandralingam Sundara Raja, Prof. Madya Dr.
dc.date.accessioned2013-12-20T08:42:56Z
dc.date.available2013-12-20T08:42:56Z
dc.date.issued2013-06-05
dc.identifier.citationp. 181-195en_US
dc.identifier.isbn978-967-5415-57-9
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my/123456789/30704
dc.descriptionSeminar Raja Melayu (SIRaj) 2013 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis pada 5-6 Jun 2013 bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.en_US
dc.description.abstractMakalah ini akan memperinci peranan golongan aristokrat dalam menangani masalah keberhutangan petani Melayu, 1872-1942. Sejak 1874, golongan aristokrat Melayu kehilangan kuasa politik sebagai pemerintah tradisional disebabkan pentadbir British mengambil alih kuasa pungutan cukai. Hal ini menyebabkan golongan aristokrat kehilangan punca pendapatan dan ikatan dengan rakyat yang digambarkan sebagai hubungan penaung-dinaung. Pentadbiran British memperkenalkan dasar tanah yang membenarkan pemilikan hak milik persendirian (private ownership), perkembangan ekonomi komersial dan pengenalan dasar laissez-faire (perdagangan bebas) yang turut menjejaskan hubungan tradisional antara golongan aristokrat dan rakyat. Perkembangan ini mendorong petani Melayu terpaksa bergantung kepada pentadbir British dan pemodal asing untuk urus niaga tanah dan bantuan kredit. Dalam konteks inilah, muncul pemodal Chettiar yang diberi peluang oleh British untuk memainkan peranan sebagai peminjam wang utama kepada orang Melayu bawahan khususnya golongan petani dan pekebun kecil. Golongan petani Melayu gemar meminjam wang dari Chettiar dengan mencagar tanah dan ini menjadi latar belakang utama kepada masalah keberhutangan petani Melayu dengan Chettiar. Ramai petani Melayu mula kehilangan tanah pada era kemelesetan ekonomi. Masalah keberhutangan petani Melayu dan kehilangan tanah kepada Chettiar menjadi satu agenda utama dalam sesi perbahasan Majlis Raja-Raja Melayu (MRR), Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Kesempatan ini digunakan oleh golongan aristokrat Melayu untuk membahas tentang masalah keberhutangan petani Melayu dalam majlis-majlis tersebut. Kertas kerja ini secara khusus akan memperinci peranan golongan aristokrat Melayu dalam pelaksanaan Enakmen Tanah Simpanan Melayu 1913 dan penubuhan koperasi pada 1920-an untuk menangani masalah keberhutangan orang Melayu.en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Malaysia Perlis (UniMAP)en_US
dc.relation.ispartofseriesProsiding Seminar Institusi Raja (SIRaj) 2013;
dc.subjectGolongan aristokraten_US
dc.subjectMasalah keberhutanganen_US
dc.subjectPetani Melayuen_US
dc.subjectOrang Melayuen_US
dc.subjectDasar Britishen_US
dc.titlePeranan golongan aristokrat dalam menangani masalah keberhutangan petani Melayu 1874-1942en_US
dc.typeWorking Paperen_US
dc.publisher.departmentPusat Kajian Institusi Raja Malaysiaen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record