• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Peranan golongan aristokrat dalam menangani masalah keberhutangan petani Melayu 1874-1942

    Thumbnail
    View/Open
    Access is limited to Unimap Community (286.3Kb)
    Date
    2013-06-05
    Author
    Ummadevi, a/p Suppiah
    Sivachandralingam Sundara Raja, Prof. Madya Dr.
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Makalah ini akan memperinci peranan golongan aristokrat dalam menangani masalah keberhutangan petani Melayu, 1872-1942. Sejak 1874, golongan aristokrat Melayu kehilangan kuasa politik sebagai pemerintah tradisional disebabkan pentadbir British mengambil alih kuasa pungutan cukai. Hal ini menyebabkan golongan aristokrat kehilangan punca pendapatan dan ikatan dengan rakyat yang digambarkan sebagai hubungan penaung-dinaung. Pentadbiran British memperkenalkan dasar tanah yang membenarkan pemilikan hak milik persendirian (private ownership), perkembangan ekonomi komersial dan pengenalan dasar laissez-faire (perdagangan bebas) yang turut menjejaskan hubungan tradisional antara golongan aristokrat dan rakyat. Perkembangan ini mendorong petani Melayu terpaksa bergantung kepada pentadbir British dan pemodal asing untuk urus niaga tanah dan bantuan kredit. Dalam konteks inilah, muncul pemodal Chettiar yang diberi peluang oleh British untuk memainkan peranan sebagai peminjam wang utama kepada orang Melayu bawahan khususnya golongan petani dan pekebun kecil. Golongan petani Melayu gemar meminjam wang dari Chettiar dengan mencagar tanah dan ini menjadi latar belakang utama kepada masalah keberhutangan petani Melayu dengan Chettiar. Ramai petani Melayu mula kehilangan tanah pada era kemelesetan ekonomi. Masalah keberhutangan petani Melayu dan kehilangan tanah kepada Chettiar menjadi satu agenda utama dalam sesi perbahasan Majlis Raja-Raja Melayu (MRR), Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Kesempatan ini digunakan oleh golongan aristokrat Melayu untuk membahas tentang masalah keberhutangan petani Melayu dalam majlis-majlis tersebut. Kertas kerja ini secara khusus akan memperinci peranan golongan aristokrat Melayu dalam pelaksanaan Enakmen Tanah Simpanan Melayu 1913 dan penubuhan koperasi pada 1920-an untuk menangani masalah keberhutangan orang Melayu.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my/123456789/30704
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback