Komunikasi Berimplikatur: Fungsi dan peranannya dalam masyarakat Melayu tradisional berdasarkan teks Sejarah Melayu
Abstract
Banyak kajian telah dibuat berkaitan dengan seni berbahasa khasnya komunikasi. Walau bagaimanapun kajian mengenai komunikasi berimplikatur amat kurang dijalankan. Penggunaan komunikasi berimplikatur dalam masyarakat Melayu telah diamalkan sejak dahulu lagi seperti yang digambarkan dalam teks Sejarah Melayu. Kajian ini bertujuan untuk meninjau fungsi implikatur dalam komunikasi masyarakat Melayu. Kertas kerja ini akan melihat aspek komunikasi berimplikatur melalui analisis Teori Relevans dengan menggunakan teks Sejarah Melayu bagi mensahihkan pernyataan di atas. Komunikasi berimplikatur yang terdapat dalam teks tersebut akan dicungkil bagi memudahkan pemahaman dan mengetahui fungsi sebenar penggunaan komunikasi berimplikatur. Kaedah utama penyelidikan yang akan digunakan adalah
kaedah analisis kandungan (content analysis method) di mana penyelidik akan menggunakan teks sejarah Melayu sebagai bahan kajian.
Collections
- Conference Papers [2600]
Related items
Showing items related by title, author, creator and subject.
-
Warisan kearifan tempatan Melayu-Islam di Malaysia: analisis terhadap penggunaannya untuk konteks dunia
Rahimin Affandi, Abd Rahim, Prof, Madya, Dr,; Zulkifli, Dahalan; Nor Hayati, Md Dahlal; Abdul Hadi, Ab. Rahman (Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)Kertas kerja ini akan menganalisis konsep kearifan tempatan masyarakat Melayu yang terhasil akibat interaksi Islam dengan kebijaksanaan akal manusia melayu sejak zaman berzaman. Kesemua pengetahuan yang dihasilkan oleh ... -
Kelangsungan tulisan jawi dalam era globalisasi: satu analisis
Shuhairimi, Abdullah (Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)Tulisan jawi adalah sebahagian daripada korpus warisan sejarah Melayu yang kaya dengan nilai seni dan ilmu. Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu lebih luas pengaruhnya dan berperanan amat penting untuk merakamkan ... -
Pendidikan Melayu antarabangsa
Mohd Noor, Mohd Said (Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)