Memahami kedudukan Islam dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan: cabaran pendidikan Melayu dalam perspektif hubungan etnik
Date
2012-03-29Author
Nik Yusri, Musa
Aminurraasyid, Yatiban
Nazri, Muslim
Metadata
Show full item recordAbstract
Kertas kerja ini membicarakan perkara yang berkaitan dengan Islam dan orang Melayu sebagaimana peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai suatu subjek yang sangat penting untuk difahami dalam usaha menilai cabaran dan perkembangan Pendidikan Melayu. Peruntukan Islam sebagai agama persekutuan, hak kebebasan beragama, penetapan hal ehwal Islam sebagai sesuatu yang terletak dalam bidang kuasa negeri, kedudukan raja-raja sebagai ketua agama dan pembentukan Majlis Agama Islam untuk membantu menjalankan kuasa-kuasa tertentu. Manakala peruntukan orang Melayu seperti kedudukan istimewa orang Melayu, tanah rizab Melayu, Rejimen Askar Melayu di Raja dan persempadanan kawasan pilihanraya.
Analisis menunjukkan Islam dalam perlembagaan itu bukan sahaja hanya terkandung dalam Perkara 3, tetapi iajuga harus dibaca bersama dengan Perkara 8, II, 12, 121, 150 dan kedudukan Yang di Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam. Manakala analisis menunjukkan peruntukan orang Melayu bukan sahaja setakat dalam Perkara 153, tetapi juga terangkum dalam Perkara 8(5e), Perkara 89 dan 90 dan Jadua! Ketiga belas mengenai persempadanan kawasan pilihanraya. Kesimpulan secara umumnya menunjukkan bahawa Islam dan orang Melayu mempunyai keistimewaan dari agama lain di Malaysia. Orang Melayu pula mempunyai kelebihan dari orang bukan Melayu
serta dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Apakah situasi tersebut
menggugat keadilan atau kesamarataan yang perlu dikecapi bersama oleh rakyat Malaysia yang pelbagai sifatnya? Bagaimana impak kefahaman ini mampu diterjemah dalam mendepani cabaran pendidikan Melayu yang turnt berkait langsung dengan kepelbagaian etnik yang sedia ada di tanah air? Perbincangan kertas kerja ini terbahagi
kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama mengenai peruntukan Islam dalam perlembagaan dan bahagian kedua menyentuh tentang peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan. Perbincangan dalam kertas kerja ini juga akan memfokuskan perspektif hubungan etnik di Malaysia kerana kedua-dua perkara ini iaitu Islam dan Melayu dalam perlembagaan sentiasa menjadi polemik dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Collections
- Conference Papers [2599]
Related items
Showing items related by title, author, creator and subject.
-
Warisan kearifan tempatan Melayu-Islam di Malaysia: analisis terhadap penggunaannya untuk konteks dunia
Rahimin Affandi, Abd Rahim, Prof, Madya, Dr,; Zulkifli, Dahalan; Nor Hayati, Md Dahlal; Abdul Hadi, Ab. Rahman (Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)Kertas kerja ini akan menganalisis konsep kearifan tempatan masyarakat Melayu yang terhasil akibat interaksi Islam dengan kebijaksanaan akal manusia melayu sejak zaman berzaman. Kesemua pengetahuan yang dihasilkan oleh ... -
Komunikasi Berimplikatur: Fungsi dan peranannya dalam masyarakat Melayu tradisional berdasarkan teks Sejarah Melayu
Mohd Aris, Anis; Ahmad, Esa (Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)Banyak kajian telah dibuat berkaitan dengan seni berbahasa khasnya komunikasi. Walau bagaimanapun kajian mengenai komunikasi berimplikatur amat kurang dijalankan. Penggunaan komunikasi berimplikatur dalam masyarakat Melayu ... -
Kelangsungan tulisan jawi dalam era globalisasi: satu analisis
Shuhairimi, Abdullah (Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)Tulisan jawi adalah sebahagian daripada korpus warisan sejarah Melayu yang kaya dengan nilai seni dan ilmu. Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu lebih luas pengaruhnya dan berperanan amat penting untuk merakamkan ...