Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/8030
Title: Perbandingan di antara pelajar yang menggunakan 'Hands-On Lab Intensive' dengan konvensional
Authors: Azlita, Abdul Jalil
Azlini, Hassan
Julinawati, Suanda
azlita@unimap.edu.my
azlini@unimap.edu.my
julina@unimap.edu.my
Keywords: Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA)
Perbandingan
Kualiti
Sistem pembelajaran
Hands-on
Konvensional
Issue Date: 29-Mar-2010
Publisher: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Series/Report no.: Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2010
Abstract: Sistem pembelajaran yang berkualiti adalah sistem yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memanfaatkan segala pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari kepada praktikal yang sebenar. Dalam menempuh dunia global yang penuh cabaran, pelajar bukan sahaja berdepan cabaran sesama mereka untuk mendapatkan pekerjaan namun mereka juga perlu membuktikan keupayaan mereka kepada pihak industri semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan. Oleh itu, sistem pembelajaran pelajar perlulah seiring dengan apa yang dikehendaki oleh pihak majikan. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah memperkenalkan pendekatan “hands-on lab intensive” di dalam setiap program kejuruteraan yang ditawarkan di universiti. Pendekatan “hands-on lab intensive” ini bertujuan untuk memenuhi kehendak industri di samping memberi peluang kepada pelajar mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk keperluan pasaran telah dilakukan untuk membuat perbandingan pelajar yang menggunakan “hands-on lab intensive” di UniMAP dengan sistem konvensional yang diamalkan di universiti lain. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana sampel kajian terdiri daripada enam orang kakitangan UniMAP yang terdiri daripada mereka yang terlibat dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran di universiti yang berasaskan sistem “hands-on lab intensive” dengan konvensional. Hasil kajian mendapati kesemua informan berasakan kaedah “hands-on lab intensive” adalah lebih sesuai digunakan untuk program kejuruteraan di UniMAP berbanding kaedah konvensional. Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar hasil kajian ini dapat memberi panduan kepada pihak pengurusan UniMAP dalam merangka program-program seterusnya yang lebih berasaskan “hands-on lab intensive” di samping memasukkan juga elemen konvensional ke dalam subjek yang ditawarkan.
Description: Seminar berlangsung pada 29 - 31 Mac 2010 di Dewan Kapitol UniMAP, Kangar, Perlis.
URI: http://dspace.unimap.edu.my/123456789/8030
Appears in Collections:Conference Papers



Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.