Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/7945
Title: Bahasa Melayu dimertabatkan, Bahasa Inggeris dipertingkatkan: satu kupasan dalam konteks pengajian tinggi
Authors: Adi Anuar, Azmin
Shuhairimi, Abdullah
Ku Halim, Ku Ariffin
Hirwan Jasbir, Jaafar
adianuar@unimap.edu.my
Keywords: Memodenkan Bahasa Melayu
Memantapkan Bahasa Inggeris
Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA)
Melayu
Pendidikan
Civilization, Malays
Education, higher -- Malaysia
Issue Date: 21-Mar-2010
Publisher: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Series/Report no.: Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2010
Abstract: Bahasa menjadi wadah utama sebagai alat komunikasi dalam menghubungkan sesuatu bangsa dan tamadun. Bahasa juga menunjukkan taraf sesuatu bangsa itu. Bahasa Melayu suatu ketika dahulu menjadi bahasa utama dan menjadi alat penghubung di Nusantara. Justeru itu usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu diteruskan dan di modenisasikan. Dalam dunia yang kian mencabar penggunaan bahasa Melayu perlu diperluaskan di peringkat sekolah sehingga Institusi Pengajian Tinggi. Usaha ini bukan hanya diarahkan kepada penggiat bahasa sahaja malah ianya perlu digerakkan secara menyeluruh. Kemajuan sesebuah negara bukanlah bergantung kepada penggunaan bahasa Inggeris sahaja, jika tidak mana mungkin negara-negara seperti Jepun, Perancis, Jerman dan lain-lain lagi boleh menguasai teknologi dunia dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Dalam hal ini tindakan memperkayakan dan memperbanyakkan kosa kata bahasa diperlukan bagi mewujudkan daya saing Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Justeru strategi menyeluruh dan jitu perlu dilakukan bagi merealisasikan hasrat ini. Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu, bahasa Inggeris tidak kita lupakan kerana ianya kini menjadi bahasa utama di peringkat antarabangsa. Usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris turut dilaksanakan secara komprehensif.
Description: Seminar berlangsung pada 29 - 31 Mac 2010 di Dewan Kapitol UniMAP, Kangar, Perlis.
URI: http://dspace.unimap.edu.my/123456789/7945
Appears in Collections:Conference Papers



Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.