Please use this identifier to cite or link to this item:
http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69135
Title: | Hikayat Isma Yatim: nasihat kepada pemerintah |
Authors: | Ayu Nor Azilah, Mohamad Mohamed Ali, Haniffa Wayu Nor Asikin, Mohamad ayunorazilah@kuis.edu.my |
Keywords: | Nasihat Pemerintah Hikayat Isma Yatim |
Issue Date: | 2019 |
Publisher: | Penerbit UniMAP (UniMAP Press) |
Citation: | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 947-962 |
Series/Report no.: | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19); |
Abstract: | Artikel ini membincangkan tentang nasihat watak Isma Yatim dalam Hikayat Isma Yatim. Nasihat ini diceritakan oleh Isma Yatim kepada Sultan atas permintaan Sultan sendiri. Hal ini kerana Sultan mengetahui keistimewaan nasihat yang diberikan oleh Isma Yatim. Antara perkara yang dinasihatkan ialah berkaitan dengan syarat-syarat untuk menjadi seorang raja yang baik. Ini termasuklah syarat raja-raja ketika bersemayam dihadap oleh khalayak dalam istana termasuklah yang menarik untuk dilihat ialah syarat ketika raja beradu. Nasihat mengenai sikap lelaki yang disukai oleh perempuan dan tingkahlaku seorang perempuan yang disukai oleh laki-laki juga terkandung dalam Hikayat Isma Yatim. Permasalahan kajian di sini ialah apabila timbul persoalan tentang kepentingan nasihat yang diberikan oleh watak Isma Yatim. Kajian ini bersifat deskriptif. Persoalan ini akan dikupas lanjut berdasarkan Hikayat Isma Yatim dengan menggunakan kaedah filologi konvensional. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua syarat-syarat yang dikemukakan oleh Isma Yatim sangat bertepatan dengan tuntutan seorang raja sebagai ketua negara dan juga untuk menjaga aib serta darjat seorang raja ketika di hadapan rakyat jelata. Selain itu, penghuraian Isma Yatim berkenaan dengan perkara disukai oleh lelaki dan perempuan pula bersesuaian dengan kehendak naluri manusia yang berkeinginan untuk memiliki lelaki dan perempuan yang berperwatakan baik. Kesemua pengajaran ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca teks Hikayat Isma Yatim. |
Description: | Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/ |
URI: | http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69135 |
ISBN: | 978-967-0922-79-9 (online) |
Appears in Collections: | Conference Papers |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Hikayat Isma Yatim 947-962.pdf | Main article | 602.35 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.