• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Hikayat Isma Yatim: nasihat kepada pemerintah

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (602.3Kb)
    Date
    2019
    Author
    Ayu Nor Azilah, Mohamad
    Mohamed Ali, Haniffa
    Wayu Nor Asikin, Mohamad
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Artikel ini membincangkan tentang nasihat watak Isma Yatim dalam Hikayat Isma Yatim. Nasihat ini diceritakan oleh Isma Yatim kepada Sultan atas permintaan Sultan sendiri. Hal ini kerana Sultan mengetahui keistimewaan nasihat yang diberikan oleh Isma Yatim. Antara perkara yang dinasihatkan ialah berkaitan dengan syarat-syarat untuk menjadi seorang raja yang baik. Ini termasuklah syarat raja-raja ketika bersemayam dihadap oleh khalayak dalam istana termasuklah yang menarik untuk dilihat ialah syarat ketika raja beradu. Nasihat mengenai sikap lelaki yang disukai oleh perempuan dan tingkahlaku seorang perempuan yang disukai oleh laki-laki juga terkandung dalam Hikayat Isma Yatim. Permasalahan kajian di sini ialah apabila timbul persoalan tentang kepentingan nasihat yang diberikan oleh watak Isma Yatim. Kajian ini bersifat deskriptif. Persoalan ini akan dikupas lanjut berdasarkan Hikayat Isma Yatim dengan menggunakan kaedah filologi konvensional. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua syarat-syarat yang dikemukakan oleh Isma Yatim sangat bertepatan dengan tuntutan seorang raja sebagai ketua negara dan juga untuk menjaga aib serta darjat seorang raja ketika di hadapan rakyat jelata. Selain itu, penghuraian Isma Yatim berkenaan dengan perkara disukai oleh lelaki dan perempuan pula bersesuaian dengan kehendak naluri manusia yang berkeinginan untuk memiliki lelaki dan perempuan yang berperwatakan baik. Kesemua pengajaran ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca teks Hikayat Isma Yatim.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69135
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback