Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69132
Title: Mitos dalam Piagam Murut Paluan Nabawan
Authors: Jacquelina, Karimon
Shaiful Bahri, Mohd.Radzi
acqlindejj_89@yahoo.com
Keywords: Mitos
Kepercayaan
Pandangan hidup
Kitab Suci Murut
Pengaruh terhadap budaya
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 763-778
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Mitos rencam sifatnya. Masyarakat Murut Paluan di Sabah khususnya di Nabawan menjadikan mitos sebagai tumpuan kepercayaan mereka. Perbincangan ini akan memberi tumpuan khusus kepada mitos sebagai cerita yang dianggap Kitab Suci yang memandu kehidupan mereka. Semangat realiti manusia dan kuasa ghaib menyatu sangat setia berpaksikan kepada mitos. Kisah mitos dijadikan sebagai dimensi pandangan hidup (world-view) yang mempunyai pengaruh membentuk adat resam, perayaan dan etos yang organik masyarakat peribumi etnik Murut dan dapat dihuraikan dalam cerita rakyatnya. Amalan anutan pagan yang mewarisi kepercayaan warisan (animisme) merupakan anutan kelompok Murut Paluan yang terakam dan terpancar dalam paparan cerita mitos. Kedudukan Aki Kinapunoh, Aki Lungkaki Dobundol, Aki Atalau Lumalak, Aki Masundu, Aki Bambangan Lumambai, Aki Salingaun dan Aki Luluga. Gelaran Aru kepada penjaga sungai, bukit, langit dan tanah serta Babalian sebagai pengenalan kosmologi kepercayaan yang diyakini dan berkuasa. Kisah autentik dipegang sebagai tunjang untuk menonjolkan dan mempertahankan pandangan hidup mereka yang mistik dan bermisteri. Sebagai sebuah masyarakat yang masih mempercayai sentimen terhadap kuasa-kuasa luar biasa, cerita-cerita mitos memberikan suatu landasan untuk patuh kepada peraturan, memaut keharmonian dan mengukuhkan perisai daripada serangan ruapan marah kejahatan. Amalan kepercayaan komuniti etnik Murut yang dianggap penting kerana mencecah kesucian dan kepercayaan yang melindungi dan membentuk nilai moraliti, ritual dan peraturan kehidupan seharian. Proses membuat dokumentasi dan analisis melalui kajian lapangan bertujuan untuk menyokong setiap keupayaan pengaruh mitos melalui penceritaan Aki Tuntunungon (pencerita pakar). Cerita-cerita ini menerangkan peristiwa dan kuasa alam untuk memahami kecenderungan condongnya bayang-bayang kepercayaan masyarakat Murut. Kisah penceritaan mitos ini juga merupakan tiang yang menyokong kehidupan mereka yang dianggap mempunyai kebenaran yang tinggi sehingga ke hari ini.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69132
ISBN: 978-967-0922-79-9 (online)
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Mitos dalam Piagam 763-778.pdfMain article558.58 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.