• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Mitos dalam Piagam Murut Paluan Nabawan

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (558.5Kb)
    Date
    2019
    Author
    Jacquelina, Karimon
    Shaiful Bahri, Mohd.Radzi
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Mitos rencam sifatnya. Masyarakat Murut Paluan di Sabah khususnya di Nabawan menjadikan mitos sebagai tumpuan kepercayaan mereka. Perbincangan ini akan memberi tumpuan khusus kepada mitos sebagai cerita yang dianggap Kitab Suci yang memandu kehidupan mereka. Semangat realiti manusia dan kuasa ghaib menyatu sangat setia berpaksikan kepada mitos. Kisah mitos dijadikan sebagai dimensi pandangan hidup (world-view) yang mempunyai pengaruh membentuk adat resam, perayaan dan etos yang organik masyarakat peribumi etnik Murut dan dapat dihuraikan dalam cerita rakyatnya. Amalan anutan pagan yang mewarisi kepercayaan warisan (animisme) merupakan anutan kelompok Murut Paluan yang terakam dan terpancar dalam paparan cerita mitos. Kedudukan Aki Kinapunoh, Aki Lungkaki Dobundol, Aki Atalau Lumalak, Aki Masundu, Aki Bambangan Lumambai, Aki Salingaun dan Aki Luluga. Gelaran Aru kepada penjaga sungai, bukit, langit dan tanah serta Babalian sebagai pengenalan kosmologi kepercayaan yang diyakini dan berkuasa. Kisah autentik dipegang sebagai tunjang untuk menonjolkan dan mempertahankan pandangan hidup mereka yang mistik dan bermisteri. Sebagai sebuah masyarakat yang masih mempercayai sentimen terhadap kuasa-kuasa luar biasa, cerita-cerita mitos memberikan suatu landasan untuk patuh kepada peraturan, memaut keharmonian dan mengukuhkan perisai daripada serangan ruapan marah kejahatan. Amalan kepercayaan komuniti etnik Murut yang dianggap penting kerana mencecah kesucian dan kepercayaan yang melindungi dan membentuk nilai moraliti, ritual dan peraturan kehidupan seharian. Proses membuat dokumentasi dan analisis melalui kajian lapangan bertujuan untuk menyokong setiap keupayaan pengaruh mitos melalui penceritaan Aki Tuntunungon (pencerita pakar). Cerita-cerita ini menerangkan peristiwa dan kuasa alam untuk memahami kecenderungan condongnya bayang-bayang kepercayaan masyarakat Murut. Kisah penceritaan mitos ini juga merupakan tiang yang menyokong kehidupan mereka yang dianggap mempunyai kebenaran yang tinggi sehingga ke hari ini.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69132
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback