Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69124
Title: Wacana dan ideologi dalam iklan produk kecantikan: analisis wacana kritis
Authors: Zaliza, Zubir
Rohizah, Halim
ijazaliza76@gmail.com
Keywords: Wacana
Ideologi
Iklan
Produk kecantikan
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 129-138
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Makalah ini akan menjelaskan hubungan teks dan ideologi dalam iklan produk kecantikan. Dalam konteks pengiklanan selain menyampaikan maklumat tentang produk, elemen paling utama ialah mampu mempengaruhi ideologi dalam sesuatu masyarakat terhadap produk yang diiklankan. Tujuan kajian ini untuk meneliti wacana-wacana yang dimanfaatkan dalam iklan produk kecantikan dalam internet dan apakah ideologi yang terselindung di sebalik teks tersebut. Kajian ini akan mengaplikasikan pendekatan analisis wacana kritis Fairclough (1995) dalam mengkaji beberapa teks iklan yang dipilih. Sebanyak 5 teks iklan kecantikan yang dimuat turun dari internet dan dianalisis menggunakan kaedah kualitatif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penghasilan teks iklan dalam bentuk verbal dan visual bertujuan untuk menarik minat dan perhatian pengguna dan tersirat ideologi yang memberi implikasi dalam mempengaruhi sikap masyarakat terhadap iklan-iklan tersebut. Dapat disimpulkan bahawa selain memberikan alternatif kepada pengguna tentang pemilihan produk kecantikan, ianya juga memberi satu kefahaman baru tentang ideologi kecantikan kepada wanita.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69124
ISBN: 978-967-0922-79-9 (online)
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Wacana dan ideologi 129-138.pdfMain article814.85 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.