Wacana dan ideologi dalam iklan produk kecantikan: analisis wacana kritis
Abstract
Makalah ini akan menjelaskan hubungan teks dan ideologi dalam iklan produk kecantikan. Dalam konteks pengiklanan selain menyampaikan maklumat tentang produk, elemen paling utama ialah mampu mempengaruhi ideologi dalam sesuatu masyarakat terhadap produk yang diiklankan. Tujuan kajian ini untuk meneliti wacana-wacana yang dimanfaatkan dalam iklan produk kecantikan dalam internet dan apakah ideologi yang terselindung di sebalik teks tersebut. Kajian ini akan mengaplikasikan pendekatan analisis wacana kritis Fairclough (1995) dalam mengkaji beberapa teks iklan yang dipilih. Sebanyak 5 teks iklan kecantikan yang dimuat turun dari internet dan dianalisis menggunakan kaedah kualitatif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penghasilan teks iklan dalam bentuk verbal dan visual bertujuan untuk menarik minat dan perhatian pengguna dan tersirat ideologi yang memberi implikasi dalam mempengaruhi sikap masyarakat terhadap iklan-iklan tersebut. Dapat disimpulkan bahawa selain memberikan alternatif kepada pengguna tentang pemilihan produk kecantikan, ianya juga memberi satu kefahaman baru tentang ideologi kecantikan kepada wanita.
Collections
- Conference Papers [2600]