Please use this identifier to cite or link to this item:
http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69123
Title: | Struktur binaan ayat Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Melayu: satu pengenalan |
Authors: | Minah, Sintian minahsintian@fbk.upsi.edu.my |
Keywords: | Bahasa Kadazandusun Bahasa Melayu Bahasa Austronesia Binaan ayat Bahasa serumpun |
Issue Date: | 2019 |
Publisher: | Penerbit UniMAP (UniMAP Press) |
Citation: | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 215-228 |
Series/Report no.: | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19); |
Abstract: | Bahasa Kadazandusun dan bahasa Melayu berasal dari rumpun bahasa yang sama, iaitu bahasa Austronesia. Keadaan topografi, spatial dan jarak lokasi penutur merupakan faktor berlakunya perbezaan struktur binaan ayat antara bahasa-bahasa Austronesia. Makalah ini meneliti perbandingan struktur binaan ayat kedua-dua bahasa tersebut. Kajian kepustakaan digunakan untuk mendapatkan data. Berdasarkan kajian, didapati bahasa Kadazandusun lebih cenderung menggunakan susunan kata jenis kata kerja + subjek + objek (KSO), iaitu mengedepankan kata kerja kemudian disusuli dengan subjek dan objek dalam binaan ayat. Bahasa Melayu pula menyusun kata mengikut jenis subjek + kata kerja + objek (SKO). Ayat dasar kedua-dua bahasa tersebut berasaskan empat pola ayat dasar, iaitu frasa nama + frasa nama, frasa nama + frasa kerja, frasa nama + frasa adjektif, dan frasa nama + frasa sendi nama. Memandangkan bahasa Kadazandusun mengikut jenis KSO, maka susunan binaan ayat adalah berbentuk songsang, iaitu unsur frasa predikat mendahului frasa subjek. Walau bagaimanapun terdapat ayat dalam bahasa Kadazandusun yang boleh terbentuk menggunakan susunan kata SKO. Dapatan kajian memberi implikasi kepada pengukuhan bukti tahap hubungan kekerabatan bahasa Kadazandusun dengan bahasa Melayu. Diharapkan kajian ini menjadi landasan perbincangan pelbagai bidang ilmu bahasa serumpun untuk pengembangan pengetahuan dan pendidikan bahasa peringkat pengajian tinggi ASEAN. |
Description: | Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/ |
URI: | http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69123 |
ISBN: | 978-967-0922-79-9 (online) |
Appears in Collections: | Conference Papers |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Struktur Binaan Ayat 215-228.pdf | Main article | 593.04 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.