• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Struktur binaan ayat Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Melayu: satu pengenalan

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (593.0Kb)
    Date
    2019
    Author
    Minah, Sintian
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Bahasa Kadazandusun dan bahasa Melayu berasal dari rumpun bahasa yang sama, iaitu bahasa Austronesia. Keadaan topografi, spatial dan jarak lokasi penutur merupakan faktor berlakunya perbezaan struktur binaan ayat antara bahasa-bahasa Austronesia. Makalah ini meneliti perbandingan struktur binaan ayat kedua-dua bahasa tersebut. Kajian kepustakaan digunakan untuk mendapatkan data. Berdasarkan kajian, didapati bahasa Kadazandusun lebih cenderung menggunakan susunan kata jenis kata kerja + subjek + objek (KSO), iaitu mengedepankan kata kerja kemudian disusuli dengan subjek dan objek dalam binaan ayat. Bahasa Melayu pula menyusun kata mengikut jenis subjek + kata kerja + objek (SKO). Ayat dasar kedua-dua bahasa tersebut berasaskan empat pola ayat dasar, iaitu frasa nama + frasa nama, frasa nama + frasa kerja, frasa nama + frasa adjektif, dan frasa nama + frasa sendi nama. Memandangkan bahasa Kadazandusun mengikut jenis KSO, maka susunan binaan ayat adalah berbentuk songsang, iaitu unsur frasa predikat mendahului frasa subjek. Walau bagaimanapun terdapat ayat dalam bahasa Kadazandusun yang boleh terbentuk menggunakan susunan kata SKO. Dapatan kajian memberi implikasi kepada pengukuhan bukti tahap hubungan kekerabatan bahasa Kadazandusun dengan bahasa Melayu. Diharapkan kajian ini menjadi landasan perbincangan pelbagai bidang ilmu bahasa serumpun untuk pengembangan pengetahuan dan pendidikan bahasa peringkat pengajian tinggi ASEAN.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69123
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Related items

    Showing items related by title, author, creator and subject.

    • Laksanakan audit bahasa melayu di Perlis - MB 

      Anon (Utusan Malaysia, 2013-10-10)
    • Jadual pendapat responden tentang penggunaan disfemia dalam bidang penyiaran 

      Dewan Bahasa (Dewan bahasa dan pustaka, Malaysia, 2006-05)
    • Mari Belajar Bahasa 

      Anon (Universiti Malaysia Perlis, 2011-03)

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback