Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69117
Title: Paparan suara Norhashimah Hashim dalam karya menyerlah makna keindahan Sastera Melayu
Authors: Phat, a/l Awang Deng
Rohaya, Md Ali
phat@uum.edu.my
Keywords: Novel
Norhashimah Hashim
Keindahan
Puitika Sastera Melayu
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 897-904
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Karya sastera sejak tradisi didapati jelas dihasilkan dengan tujuan yang utama untuk hiburan, dan mengisi waktu yang lapang selepas kerja seharian. Pelbagai genre puisi dan prosa yang terhasil secara tidak langsung mengangkat persoalan tentang kehidupan manusia yang pelbagai rencam, dan terus menyalurkan pengajaran untuk kebijaksanaan. Oleh yang demikian, sebuah karya yang baik itu tetap dituntut agar menggunakan kebaikan, iaitu cerita, bahkan bahasa yang baik untuk menyampaikan suatu makna yang baik. Bagi menyelusuri perkara ini, kertas ini menggunakan penelitian kualitatif analisis teks untuk merungkaikan dua buah novel oleh Norhashimah Hashim sebagai data kajian, iaitu Lagu Merdu Irama Sumbang (2017) dan Catatan Seorang Hamba (2018). Berpandukan Puitika Sastera Melayu (Muhammad Haji Salleh) dengan perincian oleh Mana Sikana (2015), kajian akan tertumpu kepada aspek pemilihan bahan penceritaan, teknik penyampaian, penggunaan bahasa, dan fungsi sastera dalam menghadirkan keindahan dalam data kajian. Dapatan kajian menjelaskan bahawa novel oleh Norhashima Hashim menggarapkan keindahan sastera Melayu dengan makna bahawa karya berkenaan memberikan pengalaman, pendidikan dan pengajaran dalam membijaksanakan khalayak sastera secara keseluruhan.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69117
ISBN: 978-967-0922-79-9 (online)
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Paparan Suara Norhashimah 897-904.pdfMain article449.68 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.