• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Paparan suara Norhashimah Hashim dalam karya menyerlah makna keindahan Sastera Melayu

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (449.6Kb)
    Date
    2019
    Author
    Phat, a/l Awang Deng
    Rohaya, Md Ali
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Karya sastera sejak tradisi didapati jelas dihasilkan dengan tujuan yang utama untuk hiburan, dan mengisi waktu yang lapang selepas kerja seharian. Pelbagai genre puisi dan prosa yang terhasil secara tidak langsung mengangkat persoalan tentang kehidupan manusia yang pelbagai rencam, dan terus menyalurkan pengajaran untuk kebijaksanaan. Oleh yang demikian, sebuah karya yang baik itu tetap dituntut agar menggunakan kebaikan, iaitu cerita, bahkan bahasa yang baik untuk menyampaikan suatu makna yang baik. Bagi menyelusuri perkara ini, kertas ini menggunakan penelitian kualitatif analisis teks untuk merungkaikan dua buah novel oleh Norhashimah Hashim sebagai data kajian, iaitu Lagu Merdu Irama Sumbang (2017) dan Catatan Seorang Hamba (2018). Berpandukan Puitika Sastera Melayu (Muhammad Haji Salleh) dengan perincian oleh Mana Sikana (2015), kajian akan tertumpu kepada aspek pemilihan bahan penceritaan, teknik penyampaian, penggunaan bahasa, dan fungsi sastera dalam menghadirkan keindahan dalam data kajian. Dapatan kajian menjelaskan bahawa novel oleh Norhashima Hashim menggarapkan keindahan sastera Melayu dengan makna bahawa karya berkenaan memberikan pengalaman, pendidikan dan pengajaran dalam membijaksanakan khalayak sastera secara keseluruhan.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69117
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback