Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69116
Title: Model pengajaran Seni Halus dan implikasinya terhadap kemenjadian murid: kajian kes terhadap guru-guru Seni Visual Tingkatan Lima
Authors: Azizah, Ibrahim
azizahibrahim706@yahoo.com
Keywords: Model Pengajaran Seni Visual
Pembelajaran kumpulan dan projek
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 661-670
Abstract: Kurikulum dan Pengajaran merupakan dua elemen yang tidak dapat dipisahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian lepas melaporkan seseorang agen pelaksana kurikulum harus mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam kedua-dua aspek, iaitu pengetahuan isi kandungan (PK) dan pengetahuan pedagogi (PP). Kajian lepas juga turut melaporkan guru-guru mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dalam aspek PK berbanding PP dan ini merupakan satu halangan untuk melahirkan murid yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi. Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka dan memahami model-model pengajaran yang digunakan oleh guru-guru SV Tingkatan Lima di Daerah Kubang pasu bertemakan seni halus di samping untuk menilai implikasi model tersebut terhadap kemenjadian murid. Oleh kerana kajian ini bersifat penerokaan, maka penyelidik telah menggunakan pendekatan kualitatif. Seramai lima orang guru SV Tingkatan Lima telah dipilih secara persampelan bertujuan. Data telah dikumpulkan melalui temu bual separa struktur dan pemerhatian. Analisis data dilakukan secara tematik. Data telah dikod dan dikategorikan berdasarkan tema yang telah dibentuk. Untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini, proses triangulasi antara kaedah telah digunakan. Dapatan kajian melaporkan guru-guru SV Tingkatan Lima menggunakan empat model pengajaran, iaitu pembelajaran berasaskan kumpulan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan Inkuri dan pembelajaran tradisional. Model pembelajaran abad ke 21 didapati lebih membantu dalam proses meningkatkan proses pemikiran murid berbanding kaedah tradisional. Penyelidik mencadangkan agar pihak penggubal dasar mengambil tindakan yang lebih efisen dalam usaha untuk menerapkan model-model pengajaran abad ke 21 untuk memastikan kemenjadian murid dapat ditingkatkan.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69116
ISBN: 978-967-0922-79-9 (online)
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Model Pengajaran Seni Halus 661-670.pdfMain article541.14 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.