• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Model pengajaran Seni Halus dan implikasinya terhadap kemenjadian murid: kajian kes terhadap guru-guru Seni Visual Tingkatan Lima

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (541.1Kb)
    Date
    2019
    Author
    Azizah, Ibrahim
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Kurikulum dan Pengajaran merupakan dua elemen yang tidak dapat dipisahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian lepas melaporkan seseorang agen pelaksana kurikulum harus mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam kedua-dua aspek, iaitu pengetahuan isi kandungan (PK) dan pengetahuan pedagogi (PP). Kajian lepas juga turut melaporkan guru-guru mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dalam aspek PK berbanding PP dan ini merupakan satu halangan untuk melahirkan murid yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi. Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka dan memahami model-model pengajaran yang digunakan oleh guru-guru SV Tingkatan Lima di Daerah Kubang pasu bertemakan seni halus di samping untuk menilai implikasi model tersebut terhadap kemenjadian murid. Oleh kerana kajian ini bersifat penerokaan, maka penyelidik telah menggunakan pendekatan kualitatif. Seramai lima orang guru SV Tingkatan Lima telah dipilih secara persampelan bertujuan. Data telah dikumpulkan melalui temu bual separa struktur dan pemerhatian. Analisis data dilakukan secara tematik. Data telah dikod dan dikategorikan berdasarkan tema yang telah dibentuk. Untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini, proses triangulasi antara kaedah telah digunakan. Dapatan kajian melaporkan guru-guru SV Tingkatan Lima menggunakan empat model pengajaran, iaitu pembelajaran berasaskan kumpulan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan Inkuri dan pembelajaran tradisional. Model pembelajaran abad ke 21 didapati lebih membantu dalam proses meningkatkan proses pemikiran murid berbanding kaedah tradisional. Penyelidik mencadangkan agar pihak penggubal dasar mengambil tindakan yang lebih efisen dalam usaha untuk menerapkan model-model pengajaran abad ke 21 untuk memastikan kemenjadian murid dapat ditingkatkan.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69116
    Collections
    • Conference Papers [2597]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback