Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69115
Title: Telaah Filologi dalam manuskrip Melayu: menggali akal budi pemikir bangsa
Authors: Rohaya, Md Ali
Phat Awang, Deng
aya@uum.edu.my
Keywords: Filologi
Hikayat Nabi Sulaiman
Manuskrip Melayu
Al-Quran
Pemikiran
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 639-652
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Telaah filologi terhadap naskhah-naskhah Melayu merupakan suatu usaha yang penting bagi mendedahkan kepada khalayak pembaca tentang unsur yang terkandung dalam sesebuah naskhah. Kajian terhadap naskhah Melayu amat penting dalam usaha menggali khazanah bangsa dalam mendepani era revolusi 4.0 agar dapat membangun modal insan negara yang seimbang dan harmoni. Di dalamnya terkandung pelbagai adat resam kebudayaan, buah fikiran, budi pekerti, pantang larang, hiburan dan pancaran pelbagai dimensi kehidupan masyarakat nusantara yang sezaman dengannya. Sehubungan itu, makalah ini akan meneliti naskhah Hikayat Nabi Sulaiman (MSS 2341) yang diperoleh daripada Pusat Manuskrip Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang menggunakan tulisan jawi bertulis tangan. Penelitian dengan menggunakan kaedah analisis teks ini menggunakan teori interteks dengan menumpukan kepada aspek ekspansi atau perluasan yang terdapat dalam naskhah Hikayat Nabi Sulaiman dengan teks dasar atau hipogramnya adalah bersumberkan Al-Quran. Hasil penelitian memperlihatkan bahawa berlaku ekspansi, iaitu pengembangan atau perluasan dalam naskhah Hikayat Nabi Sulaiman secara berleluasa melalui peristiwa yang ditokok tambah daripada teks hipogram atau teks dasar sebagai usaha pengembangan ilmu dan menyeru masyarakat mendekati ajaran Islam. Hal ini secara tidak langsung dapat memanjangkan hayat sesebuah manuskrip terutama dalam revolusi industrI 4.0 melalui teknik digitalisasi sehingga dapat diakses oleh khalayak di peringkat antarabangsa.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69115
ISBN: 978-967-0922-79-9 (online)
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Telaah Filologi 639-652.pdfMain article1 MBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.