• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Telaah Filologi dalam manuskrip Melayu: menggali akal budi pemikir bangsa

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (1003.Kb)
    Date
    2019
    Author
    Rohaya, Md Ali
    Phat Awang, Deng
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Telaah filologi terhadap naskhah-naskhah Melayu merupakan suatu usaha yang penting bagi mendedahkan kepada khalayak pembaca tentang unsur yang terkandung dalam sesebuah naskhah. Kajian terhadap naskhah Melayu amat penting dalam usaha menggali khazanah bangsa dalam mendepani era revolusi 4.0 agar dapat membangun modal insan negara yang seimbang dan harmoni. Di dalamnya terkandung pelbagai adat resam kebudayaan, buah fikiran, budi pekerti, pantang larang, hiburan dan pancaran pelbagai dimensi kehidupan masyarakat nusantara yang sezaman dengannya. Sehubungan itu, makalah ini akan meneliti naskhah Hikayat Nabi Sulaiman (MSS 2341) yang diperoleh daripada Pusat Manuskrip Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang menggunakan tulisan jawi bertulis tangan. Penelitian dengan menggunakan kaedah analisis teks ini menggunakan teori interteks dengan menumpukan kepada aspek ekspansi atau perluasan yang terdapat dalam naskhah Hikayat Nabi Sulaiman dengan teks dasar atau hipogramnya adalah bersumberkan Al-Quran. Hasil penelitian memperlihatkan bahawa berlaku ekspansi, iaitu pengembangan atau perluasan dalam naskhah Hikayat Nabi Sulaiman secara berleluasa melalui peristiwa yang ditokok tambah daripada teks hipogram atau teks dasar sebagai usaha pengembangan ilmu dan menyeru masyarakat mendekati ajaran Islam. Hal ini secara tidak langsung dapat memanjangkan hayat sesebuah manuskrip terutama dalam revolusi industrI 4.0 melalui teknik digitalisasi sehingga dapat diakses oleh khalayak di peringkat antarabangsa.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69115
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback