Please use this identifier to cite or link to this item:
http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69115
Title: | Telaah Filologi dalam manuskrip Melayu: menggali akal budi pemikir bangsa |
Authors: | Rohaya, Md Ali Phat Awang, Deng aya@uum.edu.my |
Keywords: | Filologi Hikayat Nabi Sulaiman Manuskrip Melayu Al-Quran Pemikiran |
Issue Date: | 2019 |
Publisher: | Penerbit UniMAP (UniMAP Press) |
Citation: | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 639-652 |
Series/Report no.: | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19); |
Abstract: | Telaah filologi terhadap naskhah-naskhah Melayu merupakan suatu usaha yang penting bagi mendedahkan kepada khalayak pembaca tentang unsur yang terkandung dalam sesebuah naskhah. Kajian terhadap naskhah Melayu amat penting dalam usaha menggali khazanah bangsa dalam mendepani era revolusi 4.0 agar dapat membangun modal insan negara yang seimbang dan harmoni. Di dalamnya terkandung pelbagai adat resam kebudayaan, buah fikiran, budi pekerti, pantang larang, hiburan dan pancaran pelbagai dimensi kehidupan masyarakat nusantara yang sezaman dengannya. Sehubungan itu, makalah ini akan meneliti naskhah Hikayat Nabi Sulaiman (MSS 2341) yang diperoleh daripada Pusat Manuskrip Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang menggunakan tulisan jawi bertulis tangan. Penelitian dengan menggunakan kaedah analisis teks ini menggunakan teori interteks dengan menumpukan kepada aspek ekspansi atau perluasan yang terdapat dalam naskhah Hikayat Nabi Sulaiman dengan teks dasar atau hipogramnya adalah bersumberkan Al-Quran. Hasil penelitian memperlihatkan bahawa berlaku ekspansi, iaitu pengembangan atau perluasan dalam naskhah Hikayat Nabi Sulaiman secara berleluasa melalui peristiwa yang ditokok tambah daripada teks hipogram atau teks dasar sebagai usaha pengembangan ilmu dan menyeru masyarakat mendekati ajaran Islam. Hal ini secara tidak langsung dapat memanjangkan hayat sesebuah manuskrip terutama dalam revolusi industrI 4.0 melalui teknik digitalisasi sehingga dapat diakses oleh khalayak di peringkat antarabangsa. |
Description: | Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/ |
URI: | http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69115 |
ISBN: | 978-967-0922-79-9 (online) |
Appears in Collections: | Conference Papers |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Telaah Filologi 639-652.pdf | Main article | 1 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.