Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69106
Title: Jati diri Bahasa Melayu generasi Z dalam mendepani Revolusi Industri 4.0
Authors: Siti Nurul Jannah, Fital
Junaini, Kasdan
jannah@unimap.edu.my
Keywords: Jati diri
Bahasa Melayu
Revolusi Industri 4.0
Persepsi
Kesetiaan
Pengamalan
Penghayatan
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 195-202
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Kemaraan era Revolusi Industri 4.0 (RI4) yang pastinya berkaitan dengan bidang Sains dan Teknologi didapati turut memberi kesan terhadap sistem pendidikan negara. Semua Institusi Pengajian Tinggi, sama ada awam mahupun swasta berusaha keras bagi memastikan produk yang dihasilkan melalui program-program yang ditawarkan memenuhi keperluan pasaran pekerjaan berteraskan RI4. Ironinya, bidang Sains dan Teknologi ini sentiasa dikaitkan dengan keperluan yang tinggi terhadap penguasaan bahasa Inggeris. Bahkan, menurut Ketua Pengajian Asia Tenggara, Universiti Goethe, Frankfurt, Prof Dr Arndt Graf, sejak pertengahan tahun 2010, istilah RI4 semakin tersebar di negara ini hingga menimbulkan kebimbangan terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Namun, Bahasa Melayu tidak akan terancam dengan kemaraan era RI4 selagi penuturnya terus mendaulatkan dan berusaha melestarikan serta memperkaya bahasa ini. Persoalannya adakah penutur bahasa Melayu khususnya dalam kalangan generasi Z mempunyai sikap untuk mendaulatkan dan berusaha melestarikan serta memperkaya bahasa ini. Justeru, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat sama ada RI4 memberi kesan terhadap tahap jati diri bahasa dalam kalangan generasi Z, iaitu generasi yang lahir dan membesar dalam era RI4. Adakah tahap jati diri mereka terhadap bahasa Melayu berada pada tahap yang membimbangkan atau tidak? Generasi ini juga dikenali sebagai generasi digital yang mahir akan teknologi informasi dan berbagai aplikasi komputer. Bagi mencapai tujuan kajian, instrumen pengukuran jati diri bahasa yang dibangunkan khusus untuk kajian ini dimanfaatkan.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69106
ISBN: 978-967-0922-79-9 (online)
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Jati Diri Bahasa Melayu 185-202.pdfMain article729.22 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.