• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Jati diri Bahasa Melayu generasi Z dalam mendepani Revolusi Industri 4.0

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (729.2Kb)
    Date
    2019
    Author
    Siti Nurul Jannah, Fital
    Junaini, Kasdan
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Kemaraan era Revolusi Industri 4.0 (RI4) yang pastinya berkaitan dengan bidang Sains dan Teknologi didapati turut memberi kesan terhadap sistem pendidikan negara. Semua Institusi Pengajian Tinggi, sama ada awam mahupun swasta berusaha keras bagi memastikan produk yang dihasilkan melalui program-program yang ditawarkan memenuhi keperluan pasaran pekerjaan berteraskan RI4. Ironinya, bidang Sains dan Teknologi ini sentiasa dikaitkan dengan keperluan yang tinggi terhadap penguasaan bahasa Inggeris. Bahkan, menurut Ketua Pengajian Asia Tenggara, Universiti Goethe, Frankfurt, Prof Dr Arndt Graf, sejak pertengahan tahun 2010, istilah RI4 semakin tersebar di negara ini hingga menimbulkan kebimbangan terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Namun, Bahasa Melayu tidak akan terancam dengan kemaraan era RI4 selagi penuturnya terus mendaulatkan dan berusaha melestarikan serta memperkaya bahasa ini. Persoalannya adakah penutur bahasa Melayu khususnya dalam kalangan generasi Z mempunyai sikap untuk mendaulatkan dan berusaha melestarikan serta memperkaya bahasa ini. Justeru, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat sama ada RI4 memberi kesan terhadap tahap jati diri bahasa dalam kalangan generasi Z, iaitu generasi yang lahir dan membesar dalam era RI4. Adakah tahap jati diri mereka terhadap bahasa Melayu berada pada tahap yang membimbangkan atau tidak? Generasi ini juga dikenali sebagai generasi digital yang mahir akan teknologi informasi dan berbagai aplikasi komputer. Bagi mencapai tujuan kajian, instrumen pengukuran jati diri bahasa yang dibangunkan khusus untuk kajian ini dimanfaatkan.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69106
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback