Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69097
Title: Inovasi aplikasi Google dalam pengajaran dan pemudahcaraan Kesusasteraan Melayu abad ke-21 memupuk pemikiran kreatif dan onovatif dalam kalangan pelajar
Authors: Ani, Omar
ani.omar@fbk.upsi.edu.my
Keywords: Inovasi
Kreativiti
Pengajaran dan Pemudahcaraan
Kesusasteraan Melayu
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 139-152
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013–2025), pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika dengan mengaplikasikan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu makalah ini mengetengahkan aplikasi Google Plus dan Google Classroom dalam memupuk pemikiran yang kreatif dan kritis semasa pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Kesusasteraan Melayu. Menurut Castilo et al. (2016), TMK juga telah membentuk pemikiran kritis guru semasa PdPc dalam penggunaan subjek atas talian untuk meningkatkan teknik pengajaran secara signifikan, efektif dan berkesan. Hidayah Hasim (2016) mengatakan gaya pembelajaran yang baik dapat merangsang para pelajar untuk meningkatkan motivasi dan menarik minat mereka untuk belajar komponen sastera. Kegagalan guru dalam mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai akan memberi kesan terhadap kurangnya minat untuk belajar dalam kalangan pelajar (Anuar Ahmad & Nelson Jinggan, 2015). Sehubungan dengan itu kajian mendapati aplikasi Google Plus dan Google Classroom memudahkan dan memantapkan kaedah PdPc yang lebih berkesan dan interaktif umpamanya memudahkan pelajar untuk menjawab soalan kuiz dan pelbagai aktiviti lagi. Kaedah ini juga menghilangkan kebosanan pelajar terhadap mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Selanjutnya diharapkan mata pelajaran ini akan terus berkembang mekar dalam sistem pendidikan sealiran dengan perkembangan sains dan teknologi terkini
Description: Link to homepage publisher's at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69097
ISBN: 978-967-0922-79-9 (online)
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Inovasi Aplikasi Google 139-152.pdfMain article630.25 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.