Inovasi aplikasi Google dalam pengajaran dan pemudahcaraan Kesusasteraan Melayu abad ke-21 memupuk pemikiran kreatif dan onovatif dalam kalangan pelajar
Abstract
Seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013–2025), pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika dengan mengaplikasikan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu makalah ini mengetengahkan aplikasi Google Plus dan Google Classroom dalam memupuk pemikiran yang kreatif dan kritis semasa pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Kesusasteraan Melayu. Menurut Castilo et al. (2016), TMK juga telah membentuk pemikiran kritis guru semasa PdPc dalam penggunaan subjek atas talian untuk meningkatkan teknik pengajaran secara signifikan, efektif dan berkesan. Hidayah Hasim (2016) mengatakan gaya pembelajaran yang baik dapat merangsang para pelajar untuk meningkatkan motivasi dan menarik minat mereka untuk belajar komponen sastera. Kegagalan guru dalam mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai akan memberi kesan terhadap kurangnya minat untuk belajar dalam kalangan pelajar (Anuar Ahmad & Nelson Jinggan, 2015). Sehubungan dengan itu kajian mendapati aplikasi Google Plus dan Google Classroom memudahkan dan memantapkan kaedah PdPc yang lebih berkesan dan interaktif umpamanya memudahkan pelajar untuk menjawab soalan kuiz dan pelbagai aktiviti lagi. Kaedah ini juga menghilangkan kebosanan pelajar terhadap mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Selanjutnya diharapkan mata pelajaran ini akan terus berkembang mekar dalam sistem pendidikan sealiran dengan perkembangan sains dan teknologi terkini
Collections
- Conference Papers [2600]