Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69082
Title: Pemetaan lokasi Masjid Vernakular Negeri Melaka yang mempunyai Mahkota atap masjid
Authors: Nurfarahhana, Ismail
Ros Mahwati, Ahmad Zakaria
Zuliskandar, Ramli
Aszulhida, Aman
nurfarahhana9402@gmail.com
Keywords: Pemetaan
Mahkota Atap
Masjid
Vernakular
Melaka
Dron
Pendokumentasian
Pemeliharaan
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 259-270
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Masjid merupakan sebuah pusat yang berfungsi sebagai penyebaran agama dalam sesebuah wilayah Islam. Terdapat pelbagai rekaan masjid yang menjadi identiti kepada pemerintah Islam dalam sesebuah Kawasan khususnya di Melaka. Masjid di Melaka bukan sahaja mempunyai nilai sejarah yang penting malah turut memperlihatkan gaya seni hiasannya tersendiri. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menjalankan pemetaan lokasi masjid vernakular di Negeri Melaka. Permasalahan penyelidikan ini ialah untuk melihat salah satu elemen yang mempunyai keunikan seni bina masjid vernakular iaitu hiasan bumbungnya yang dikenali sebagai mahkota atap masjid yang kini berhadapan dengan ancaman kepupusan. Kesan kemasukan pengaruh seni bina Islam daripada luar dan perubahan perspektif terhadap seni Islam yang menjadikan mahkota atap masjid di negeri Melaka mengalami ancaman kepupusan malah turut diketepikan dan diganti dengan elemen seni bina yang baru seperti kubah berbentuk bawang yang banyak dilihat dikebanyakan masjid pada masa kini. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendokumenkan maklumat berkaitan rekaan mahkota atap masjid melalui penggunaan teknologi Dron dan menjalankan pemetaan lokasi masjid yang masih mempunyai mahkota atap. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian ini dijalankan di keseluruhan daerah di Negeri Melaka iaitu Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah. Penyelidikan ini dijalankan secara pendokumentasian bergambar 360° dengan menggunakan teknologi Dron untuk mendapatkan reka bentuk mahkota atap secara terperinci dan juga aplikasi google maps bagi memetakan lokasi masjid yang terlibat. Hasil penyelidikan ini membuktikan bahawa penggunaan teknologi Dron dan aplikasi GPS adalah sangat berkesan dalam penyelidikan di lapangan. Dengan adanya pendokumentasian secara bergambar serta data secara visual melalui penggunaan dron, rekaan mahkota atap masjid vernakular di negeri Melaka dapatlah didokumenkan dan dilestarikan seperti yang termaktub dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (645) bagi tujuan pemantauan warisan dan kerja pemeliharaan.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69082
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pemetaan Lokasi Masjid 259-270.pdfMain article961.52 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.