• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Pemetaan lokasi Masjid Vernakular Negeri Melaka yang mempunyai Mahkota atap masjid

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (961.5Kb)
    Date
    2019
    Author
    Nurfarahhana, Ismail
    Ros Mahwati, Ahmad Zakaria
    Zuliskandar, Ramli
    Aszulhida, Aman
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Masjid merupakan sebuah pusat yang berfungsi sebagai penyebaran agama dalam sesebuah wilayah Islam. Terdapat pelbagai rekaan masjid yang menjadi identiti kepada pemerintah Islam dalam sesebuah Kawasan khususnya di Melaka. Masjid di Melaka bukan sahaja mempunyai nilai sejarah yang penting malah turut memperlihatkan gaya seni hiasannya tersendiri. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menjalankan pemetaan lokasi masjid vernakular di Negeri Melaka. Permasalahan penyelidikan ini ialah untuk melihat salah satu elemen yang mempunyai keunikan seni bina masjid vernakular iaitu hiasan bumbungnya yang dikenali sebagai mahkota atap masjid yang kini berhadapan dengan ancaman kepupusan. Kesan kemasukan pengaruh seni bina Islam daripada luar dan perubahan perspektif terhadap seni Islam yang menjadikan mahkota atap masjid di negeri Melaka mengalami ancaman kepupusan malah turut diketepikan dan diganti dengan elemen seni bina yang baru seperti kubah berbentuk bawang yang banyak dilihat dikebanyakan masjid pada masa kini. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendokumenkan maklumat berkaitan rekaan mahkota atap masjid melalui penggunaan teknologi Dron dan menjalankan pemetaan lokasi masjid yang masih mempunyai mahkota atap. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian ini dijalankan di keseluruhan daerah di Negeri Melaka iaitu Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah. Penyelidikan ini dijalankan secara pendokumentasian bergambar 360° dengan menggunakan teknologi Dron untuk mendapatkan reka bentuk mahkota atap secara terperinci dan juga aplikasi google maps bagi memetakan lokasi masjid yang terlibat. Hasil penyelidikan ini membuktikan bahawa penggunaan teknologi Dron dan aplikasi GPS adalah sangat berkesan dalam penyelidikan di lapangan. Dengan adanya pendokumentasian secara bergambar serta data secara visual melalui penggunaan dron, rekaan mahkota atap masjid vernakular di negeri Melaka dapatlah didokumenkan dan dilestarikan seperti yang termaktub dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (645) bagi tujuan pemantauan warisan dan kerja pemeliharaan.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69082
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback