Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69077
Title: Gambaran kecantikan dalam novel Remaja Popular: satu tinjauan awal
Authors: Sharifah Fazliyaton, Shaik Ismail
Rohizah, Halim
Asrar, Omar
sfsi@uum.edu.my
Keywords: Novel remaja popular
Kecantikan
Penampilan diri
Bentuk tubuh badan
Saiz tubuh
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 595-604
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Dalam dunia hari ini, penampilan diri seseorang sering diperhatikan dan dinilai. Hal ini dapat dilihat menerusi lambakan imej kecantikan yang dipertontonksn oleh model, selebriti atau tokoh terkenal yang disiarkan dalam media, sama ada media bercetak mahupun media digital. Khalayak wanita, misalnya, didedahkan akan pentingnya norma, dan nilai kecantikan serta kecantikan yang ideal. Mereka yang berpenampilan menarik dilihat sebagai lebih berwibawa, menjadi dambaan ramai, dan mempunyai pengaruh yang kuat. Internalisasi daripada media sebegini menyebabkan khalayak yang lebih muda, khususnya remaja wanita, turut mengimpikan penampilan diri yang menarik. Penekanan tentang aspek kecantikan ini juga ketara dalam karya sastera remaja yang popular pada hari ini. Kertas kerja ini, yang merupakan tinjauan awal, meneliti gambaran kecantikan yang terkandung dalam novel sastera remaja berbahasa Melayu yang diterbitkan selepas tahun 2010. Sebanyak 3 buah novel dianalisis untuk melihat gambaran kecantikan sebagai tema utama novel dan intervensi ketiga-tiga pengarang dalam memerihalkan aspek penjagaan tubuh badan dan penampilan diri. Kajian mendapati bahawa kesemua novel yang diteliti sarat dengan pelukisan kecantikan, khususnya paras rupa dan saiz tubuh watak. Dua novel yang dianalisis memperlihatkan bahawa watak protagonis akhirnya memutuskan untuk menguruskan badan mereka, manakala satu lagi novel memerihalkan keakuran watak utama untuk menghapuskan ‘kejelikan’ yang dimiliki. Campur tangan pengarang dalam menekankan aspek penampilan diri juga terlihat apabila pengarang memuatkan narasi berinformasi tentang kepentingan penjagaan tubuh badan dan penampilan diri.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69077
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Gambaran Kecantikan 595-604.pdfMain article463.04 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.