• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Gambaran kecantikan dalam novel Remaja Popular: satu tinjauan awal

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (463.0Kb)
    Date
    2019
    Author
    Sharifah Fazliyaton, Shaik Ismail
    Rohizah, Halim
    Asrar, Omar
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Dalam dunia hari ini, penampilan diri seseorang sering diperhatikan dan dinilai. Hal ini dapat dilihat menerusi lambakan imej kecantikan yang dipertontonksn oleh model, selebriti atau tokoh terkenal yang disiarkan dalam media, sama ada media bercetak mahupun media digital. Khalayak wanita, misalnya, didedahkan akan pentingnya norma, dan nilai kecantikan serta kecantikan yang ideal. Mereka yang berpenampilan menarik dilihat sebagai lebih berwibawa, menjadi dambaan ramai, dan mempunyai pengaruh yang kuat. Internalisasi daripada media sebegini menyebabkan khalayak yang lebih muda, khususnya remaja wanita, turut mengimpikan penampilan diri yang menarik. Penekanan tentang aspek kecantikan ini juga ketara dalam karya sastera remaja yang popular pada hari ini. Kertas kerja ini, yang merupakan tinjauan awal, meneliti gambaran kecantikan yang terkandung dalam novel sastera remaja berbahasa Melayu yang diterbitkan selepas tahun 2010. Sebanyak 3 buah novel dianalisis untuk melihat gambaran kecantikan sebagai tema utama novel dan intervensi ketiga-tiga pengarang dalam memerihalkan aspek penjagaan tubuh badan dan penampilan diri. Kajian mendapati bahawa kesemua novel yang diteliti sarat dengan pelukisan kecantikan, khususnya paras rupa dan saiz tubuh watak. Dua novel yang dianalisis memperlihatkan bahawa watak protagonis akhirnya memutuskan untuk menguruskan badan mereka, manakala satu lagi novel memerihalkan keakuran watak utama untuk menghapuskan ‘kejelikan’ yang dimiliki. Campur tangan pengarang dalam menekankan aspek penampilan diri juga terlihat apabila pengarang memuatkan narasi berinformasi tentang kepentingan penjagaan tubuh badan dan penampilan diri.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69077
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback