Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69069
Title: Ragam Bahasa media sosial dalam isu yang Sohor Kini
Authors: Amirah, Ahmad
Noriza, Daud
Norizah, Ardi
Nurrissammimayantie, Ismail
amirah1275@uitm.edu.my
Keywords: Ragam bahasa
Ketidaksantunan bahasa
Media sosial
Instagram
Revolusi Industri 4.0
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 115-128
Series/Report no.: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
Abstract: Ledakan teknologi maklumat khususnya media sosial, menjadi platform kepada masyarakat untuk berkomunikasi tanpa sempadan. Salah satu daripada impak sosial Revolusi Industri 4.0 (4IR) ialah ketagihan siber dalam kalangan pengguna media sosial. Tidak dapat dinafikan media sosial direka agar ‘ditagih’. Paparan angka pada pemberitahuan (notification) juga merupakan salah satu helah media sosial yang mengumpan pengguna media sosial ini agar menyentuh paparan berkenaan bagi mengetahui maklumat yang tertera. Justeru, pengguna media sosial ini akan menghabiskan masa berjam-jam dalam sehari untuk mengikuti paparan maklumat dari satu isu ke isu yang berikutnya. Mereka bukan sekadar melihat paparan yang dikongsikan, malah turut sama memberikan komen terhadap isu yang dikemukakan. Isu yang sering menjadi perhatian warga maya akan menjadikan suatu isu sohor kini (trending). Pengaplikasian variasi bahasa seperti penggunaan bahasa tempelak, sindiran, ejekan, dan herdikan yang mengandungi ungkapan bahasa yang kasar jelas ketara dalam ruangan komen isu yang sohor kini. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan meneliti ragam bahasa dalam komen ruangan tersebut berdasarkan pendekatan Za’ba (2002). Kajian ini bersifat deskriptif dengan menerapkan kaedah analisis kandungan berdasarkan penelitian terhadap perkataan, ungkapan dan ayat yang digunakan oleh pengguna media sosial semasa memberi komen dalam isu yang sohor kini. Dapatan kajian menunjukkan komen-komen oleh pengguna media sosial ini menggunakan kepelbagaian ragam bahasa yang bertujuan untuk memperkukuhkan maksud mesej yang disampaikan, di samping menambahkan kefahaman pembaca pada sesuatu perkara yang dinyatakan. Namun, kecenderungan menggunakan bahasa yang bersifat kasar, keras, sinis, sindiran, dan herdik menjadi pilihan. Secara tidak langsung, penggunaan variasi bahasa ini menunjukkan niat seseorang apabila berkata-kata secara lisan mahupun dalam bentuk tulisan.
Description: Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69069
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Ragam Bahasa 115-128.pdfMain article853.11 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.