• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Ragam Bahasa media sosial dalam isu yang Sohor Kini

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (853.1Kb)
    Date
    2019
    Author
    Amirah, Ahmad
    Noriza, Daud
    Norizah, Ardi
    Nurrissammimayantie, Ismail
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Ledakan teknologi maklumat khususnya media sosial, menjadi platform kepada masyarakat untuk berkomunikasi tanpa sempadan. Salah satu daripada impak sosial Revolusi Industri 4.0 (4IR) ialah ketagihan siber dalam kalangan pengguna media sosial. Tidak dapat dinafikan media sosial direka agar ‘ditagih’. Paparan angka pada pemberitahuan (notification) juga merupakan salah satu helah media sosial yang mengumpan pengguna media sosial ini agar menyentuh paparan berkenaan bagi mengetahui maklumat yang tertera. Justeru, pengguna media sosial ini akan menghabiskan masa berjam-jam dalam sehari untuk mengikuti paparan maklumat dari satu isu ke isu yang berikutnya. Mereka bukan sekadar melihat paparan yang dikongsikan, malah turut sama memberikan komen terhadap isu yang dikemukakan. Isu yang sering menjadi perhatian warga maya akan menjadikan suatu isu sohor kini (trending). Pengaplikasian variasi bahasa seperti penggunaan bahasa tempelak, sindiran, ejekan, dan herdikan yang mengandungi ungkapan bahasa yang kasar jelas ketara dalam ruangan komen isu yang sohor kini. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan meneliti ragam bahasa dalam komen ruangan tersebut berdasarkan pendekatan Za’ba (2002). Kajian ini bersifat deskriptif dengan menerapkan kaedah analisis kandungan berdasarkan penelitian terhadap perkataan, ungkapan dan ayat yang digunakan oleh pengguna media sosial semasa memberi komen dalam isu yang sohor kini. Dapatan kajian menunjukkan komen-komen oleh pengguna media sosial ini menggunakan kepelbagaian ragam bahasa yang bertujuan untuk memperkukuhkan maksud mesej yang disampaikan, di samping menambahkan kefahaman pembaca pada sesuatu perkara yang dinyatakan. Namun, kecenderungan menggunakan bahasa yang bersifat kasar, keras, sinis, sindiran, dan herdik menjadi pilihan. Secara tidak langsung, penggunaan variasi bahasa ini menunjukkan niat seseorang apabila berkata-kata secara lisan mahupun dalam bentuk tulisan.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69069
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback