Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/6431
Title: Kepentingan nilai-nilai murni Keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar Kejuruteraan
Authors: Ku Halim, Ku Ariffin
Shuhairimi, Abdullah
Zaini, Abdul Rahim
Keywords: Keusahawanan
Entrepreneurship -- Study and teaching
Entrepreneurship
Ethics -- Entrepreneurship
Etika
Higher education
Entrepreneurial education
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Abstract: Pada asasnya, nilai-nilai murni adalah nilai universal yang memberi penekanan kepada adab yang terpuji, peradaban dan tatasusila individu dalam kerangka perhubungannya dangan Allah, manusia dan alam. Perbincangan nilai-nilai murni dalam komponen keusahawanan cenderung membahaskan domain-domain nilai substantif seperti agama, rohaniah, moral dan estetika yang mencetuskan stimulasi yang positif seperti ketenangan emosi, kedamaian pemikiran, jiwa yang bersih dan keluhuran akal budi manusia. Dalam konteks keusahawanan, di samping penguasaan teori-teori yang berkaitan dengan keusahawanan, pengalaman, jaringan perniagaan dan sebagainya penghayatan kepada nilai-nilai murni dalam amalan keusahawanan juga tidak boleh dipandang mudah. Meskipun nilai-nilai murni ditaksirkan sebagai nilai yang tidak bersifat ekonomik, namun menafikan kepentingannya boleh mendorong golongan usahawan kepada perlakuan stigma yamg negatif. Secara eksplisitnya, amalan keusahawanan yang tidak diharmonisasikan dengan nilai-nilai murni menyebabkan berlakunya ketempangan dalam usaha melahirkan usahawan berjaya dari perpekstif Islam. Justeru itu, kertas kerja ini cuba melihat kepentingan nilai-nilai murni dalam keusahawanan yang perlu digarap dan dicerna oleh golongan mahasiswa khususnya dalam bidang kejuruteraan sebagai nilai tambah ataupun sebagai mengisi kemahiran insaniah (softskill) yang perlu dihayati dan diaplikasi oleh para pelajar dalam realiti dunia pekerjaan mereka kelak.
URI: http://dspace.unimap.edu.my/123456789/6431
Appears in Collections:Universiti Malaysia Perlis

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI KEUSAHAWANAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR KEJURUTERAAN.pdfAccess is limited to UniMAP community.133.45 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.