Kepentingan nilai-nilai murni Keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar Kejuruteraan
Date
2008Author
Ku Halim, Ku Ariffin
Shuhairimi, Abdullah
Zaini, Abdul Rahim
Metadata
Show full item recordAbstract
Pada asasnya, nilai-nilai murni adalah nilai universal yang memberi penekanan
kepada adab yang terpuji, peradaban dan tatasusila individu dalam kerangka
perhubungannya dangan Allah, manusia dan alam. Perbincangan nilai-nilai murni
dalam komponen keusahawanan cenderung membahaskan domain-domain nilai
substantif seperti agama, rohaniah, moral dan estetika yang mencetuskan stimulasi
yang positif seperti ketenangan emosi, kedamaian pemikiran, jiwa yang bersih dan
keluhuran akal budi manusia. Dalam konteks keusahawanan, di samping penguasaan
teori-teori yang berkaitan dengan keusahawanan, pengalaman, jaringan perniagaan
dan sebagainya penghayatan kepada nilai-nilai murni dalam amalan keusahawanan
juga tidak boleh dipandang mudah. Meskipun nilai-nilai murni ditaksirkan sebagai
nilai yang tidak bersifat ekonomik, namun menafikan kepentingannya boleh
mendorong golongan usahawan kepada perlakuan stigma yamg negatif. Secara
eksplisitnya, amalan keusahawanan yang tidak diharmonisasikan dengan nilai-nilai
murni menyebabkan berlakunya ketempangan dalam usaha melahirkan usahawan
berjaya dari perpekstif Islam. Justeru itu, kertas kerja ini cuba melihat kepentingan
nilai-nilai murni dalam keusahawanan yang perlu digarap dan dicerna oleh golongan
mahasiswa khususnya dalam bidang kejuruteraan sebagai nilai tambah ataupun
sebagai mengisi kemahiran insaniah (softskill) yang perlu dihayati dan diaplikasi
oleh para pelajar dalam realiti dunia pekerjaan mereka kelak.