Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/61635
Title: Pembentukan Instrumen Motif Penglibatan Remaja dalam Sukan
Authors: Nelfianty, Mohd Rasyid
Shaharudin, Abdul Aziz
Ruaibah Yazani Tengah
nelfianty@fsskj.upsi.edu.my
Keywords: Instrumen
Motif penglibatan sukan
Atlet remaja
Instrumen Motif Penglibatan Sukan (MPS)
Issue Date: 2019
Publisher: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Malaysia
Citation: Movement, Health & Exercise (MoHE), vol.8(2), 2019, pages 57-66
Abstract: Kajian ini bertujuan membentuk instrumen untuk mengenal pasti motif penglibatan remaja dalam bidang sukan. Instrumen Motif Penglibatan Sukan (MPS) dibina melalui dua fasa penyelidikan iaitu fasa penggubalan item dan ujian psikometrik instrumen. Pengubalan item soal selidik dilakukan mengikut proses Nominal Group Technique terhadap remaja yang aktif dalam sukan. Sebanyak 75 item telah terhasil daripada fasa penggubalan item soal selidik. Analisis faktor dan nilai pekali Alpha Cronbach digunakan untuk menguji bilangan faktor dan kebolehpercayaan dalaman data. Soal selidik MPS telah ditadbir ke atas 582 orang remaja yang aktif bersukan bagi mendapatkan analisis faktor dan kebolehpercayaan instrumen. Hasil proses analisis komponen prinsipal soal selidik MPS mempunyai 58 item merangkumi sembilan faktor iaitu Menaikkan Nama Negara, Kesihatan dan Kecergasan, Peningkatan Kemahiran, Inginkan Cabaran, Inginkan Kejayaan, Kebanggaan Keluarga, Kebanggaan Diri, Kestabilan Emosi dan Jaminan Masa Depan. Muatan faktor untuk setiap item adalah dalam julat 0.40 hingga 0.74 dan nilai kebolehpercayaan (alpha) adalah dalam julat 0.66 hingga 0.93. Kesahan kandungan MPS telah dinilai oleh tujuh orang pakar bidang dan telah mengesahkan MPS mempunyai kesahan kandungan dan dapat menguji dengan tepat motif penglibatan remaja dalam bidang sukan. Dapatan kajian ini menunjukkan instrumen MPS mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunapakai dalam mengenal pasti motif penglibatan remaja dalam sukan.
Description: Link to publisher's homepage at http://www.mohejournal.com/index.php/mohe
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/61635
ISSN: 2231-9409 (Print)
2600-9404 (Online)
Appears in Collections:Movement, Health and Exercise (MoHE)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembentukan instrumen motif penglibatan remaja dalam sukan.pdf377.94 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.