• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • Journal Articles
    • Movement, Health and Exercise (MoHE)
    • View Item
    •   DSpace Home
    • Journal Articles
    • Movement, Health and Exercise (MoHE)
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Pembentukan Instrumen Motif Penglibatan Remaja dalam Sukan

    Thumbnail
    View/Open
    Pembentukan instrumen motif penglibatan remaja dalam sukan.pdf (377.9Kb)
    Date
    2019
    Author
    Nelfianty, Mohd Rasyid
    Shaharudin, Abdul Aziz
    Ruaibah Yazani Tengah
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Kajian ini bertujuan membentuk instrumen untuk mengenal pasti motif penglibatan remaja dalam bidang sukan. Instrumen Motif Penglibatan Sukan (MPS) dibina melalui dua fasa penyelidikan iaitu fasa penggubalan item dan ujian psikometrik instrumen. Pengubalan item soal selidik dilakukan mengikut proses Nominal Group Technique terhadap remaja yang aktif dalam sukan. Sebanyak 75 item telah terhasil daripada fasa penggubalan item soal selidik. Analisis faktor dan nilai pekali Alpha Cronbach digunakan untuk menguji bilangan faktor dan kebolehpercayaan dalaman data. Soal selidik MPS telah ditadbir ke atas 582 orang remaja yang aktif bersukan bagi mendapatkan analisis faktor dan kebolehpercayaan instrumen. Hasil proses analisis komponen prinsipal soal selidik MPS mempunyai 58 item merangkumi sembilan faktor iaitu Menaikkan Nama Negara, Kesihatan dan Kecergasan, Peningkatan Kemahiran, Inginkan Cabaran, Inginkan Kejayaan, Kebanggaan Keluarga, Kebanggaan Diri, Kestabilan Emosi dan Jaminan Masa Depan. Muatan faktor untuk setiap item adalah dalam julat 0.40 hingga 0.74 dan nilai kebolehpercayaan (alpha) adalah dalam julat 0.66 hingga 0.93. Kesahan kandungan MPS telah dinilai oleh tujuh orang pakar bidang dan telah mengesahkan MPS mempunyai kesahan kandungan dan dapat menguji dengan tepat motif penglibatan remaja dalam bidang sukan. Dapatan kajian ini menunjukkan instrumen MPS mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunapakai dalam mengenal pasti motif penglibatan remaja dalam sukan.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/61635
    Collections
    • Movement, Health and Exercise (MoHE) [189]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback