Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/59225
Title: Pengubahsuaian raket badminton dalam meningkatkan prestasi kemahiran kanak-kanak
Authors: Pathmanathan, K. Suppiah
Low Fook Lee, Jeffrey
Abdul Muiz, Nor Azmi
Hasnol, Noordin
Md. Safwan, Samsir
imanmuiz94@gmail.com
Keywords: Pengubahsuaian Peralatan
Perolehan Kemahiran
Perkembangan Bakat
Kekangan
Issue Date: 2019
Publisher: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Malaysia
Citation: Movement, Health & Exercise (MoHE), vol.8(1), 2019, pages 103-111
Abstract: Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pengubahsuaian raket badminton dalam prestasi kemahiran kanak-kanak. Saiz raket badminton yang digunakan oleh kanak-kanak telah dikecilkan bagi membolehkan mereka bermain mengikut ciri-ciri fizikal mereka. Seramai 40 orang kanak-kanak berusia antara 7 hingga 9 tahun, yang tidak mempunyai pengalaman dalam bermain badminton telah menyertai kajian ini. Kanak-kanak telah dibahagikan kepada dua buah kumpulan secara rawak iaitu kumpulan raket yang diubahsuai (RU) dan kumpulan raket piawai (RP). Kedua-dua buah kumpulan telah menjalani program latihan selama lima minggu, yang telah dikendalikan oleh seorang jurulatih yang berkelayakan. Prestasi pukulan hadapan peserta telah diukur dan dianalisis menggunakan ujian-t sampel bebas. Hasil ujian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan raket bersaiz piawai antara kumpulan RU dan kumpulan RP, t (38) = 2.51, p < .05. Manakala bagi penggunaan raket yang diubahsuai juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan RU dan kumpulan RP, t (38) = 4.53, p < .05. Dapatan kajian turut mendapati bahawa kumpulan RU mempunyai prestasi pukulan hadapan yang lebih baik berbanding kumpulan RP apabila menggunakan raket yang diubahsuai dan raket piawai. Keputusan ini menunjukkan bahawa kumpulan RU mempunyai proses pemindahan pembelajaran kemahiran yang lebih baik semasa menggunakan raket yang diubahsuai dan raket piawai berbanding kumpulan RP. Kesimpulannya, pengubahsuaian saiz raket dapat meningkatkan prestasi kemahiran di kalangan kanak-kanak dalam sukan badminton.
Description: Link to publisher's homepage at http://www.mohejournal.com/index.php/mohe
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/59225
ISSN: 2231-9409 (Print)
2600-9404 (Online)
Appears in Collections:Movement, Health and Exercise (MoHE)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengubahsuaian raket badminton dalam meningkatkan prestasi kemahiran kanak-kanak.pdf396.96 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.