Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/59225
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorPathmanathan, K. Suppiah-
dc.contributor.authorLow Fook Lee, Jeffrey-
dc.contributor.authorAbdul Muiz, Nor Azmi-
dc.contributor.authorHasnol, Noordin-
dc.contributor.authorMd. Safwan, Samsir-
dc.date.accessioned2019-03-22T08:06:32Z-
dc.date.available2019-03-22T08:06:32Z-
dc.date.issued2019-
dc.identifier.citationMovement, Health & Exercise (MoHE), vol.8(1), 2019, pages 103-111en_US
dc.identifier.issn2231-9409 (Print)-
dc.identifier.issn2600-9404 (Online)-
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/59225-
dc.descriptionLink to publisher's homepage at http://www.mohejournal.com/index.php/moheen_US
dc.description.abstractTujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pengubahsuaian raket badminton dalam prestasi kemahiran kanak-kanak. Saiz raket badminton yang digunakan oleh kanak-kanak telah dikecilkan bagi membolehkan mereka bermain mengikut ciri-ciri fizikal mereka. Seramai 40 orang kanak-kanak berusia antara 7 hingga 9 tahun, yang tidak mempunyai pengalaman dalam bermain badminton telah menyertai kajian ini. Kanak-kanak telah dibahagikan kepada dua buah kumpulan secara rawak iaitu kumpulan raket yang diubahsuai (RU) dan kumpulan raket piawai (RP). Kedua-dua buah kumpulan telah menjalani program latihan selama lima minggu, yang telah dikendalikan oleh seorang jurulatih yang berkelayakan. Prestasi pukulan hadapan peserta telah diukur dan dianalisis menggunakan ujian-t sampel bebas. Hasil ujian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan raket bersaiz piawai antara kumpulan RU dan kumpulan RP, t (38) = 2.51, p < .05. Manakala bagi penggunaan raket yang diubahsuai juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan RU dan kumpulan RP, t (38) = 4.53, p < .05. Dapatan kajian turut mendapati bahawa kumpulan RU mempunyai prestasi pukulan hadapan yang lebih baik berbanding kumpulan RP apabila menggunakan raket yang diubahsuai dan raket piawai. Keputusan ini menunjukkan bahawa kumpulan RU mempunyai proses pemindahan pembelajaran kemahiran yang lebih baik semasa menggunakan raket yang diubahsuai dan raket piawai berbanding kumpulan RP. Kesimpulannya, pengubahsuaian saiz raket dapat meningkatkan prestasi kemahiran di kalangan kanak-kanak dalam sukan badminton.en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherKementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Malaysiaen_US
dc.subjectPengubahsuaian Peralatanen_US
dc.subjectPerolehan Kemahiranen_US
dc.subjectPerkembangan Bakaten_US
dc.subjectKekanganen_US
dc.titlePengubahsuaian raket badminton dalam meningkatkan prestasi kemahiran kanak-kanaken_US
dc.typeArticleen_US
dc.contributor.urlimanmuiz94@gmail.comen_US
Appears in Collections:Movement, Health and Exercise (MoHE)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengubahsuaian raket badminton dalam meningkatkan prestasi kemahiran kanak-kanak.pdf396.96 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.