Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/5842
Title: Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam Program Baktisiswa Perdana UniMAP
Authors: Hanum, Hassan
Keywords: Soft skills
Kemahiran insaniah
College and university students
Higher education
Terapan
Issue Date: 5-Dec-2008
Publisher: Universiti Malaysia Perlis
Citation: p.634-644
Series/Report no.: International Conference on the Roles of the Humanities and Social Sciences in Eengineering 2008 (ICOHSE08)
Abstract: Pandangan umum sering merujuk kegagalan siswazah mendapat kerja disebabkan mereka tidak memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan majikan. Hal ini kerana Kebolehpasaran setiap graduan dinilai dalam pelbagai aspek. Selain pencapaian akademik cemerlang, mereka perlu mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi termasuk komunikasi secara berkesan dan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, pemikiran kritis, dan keusahawanan. Pihak majikan pula lebih cenderung mencari bakal pekerja yang memiliki pelbagai kemahiran tanpa perlu memberi latihan dalam perkhidmatan (in-house training). Proses pembangunan “Soft Skills” ini boleh dilaksanakan kepada semua pelajar meliputi di dalam dan di luar bilik kuliah. Sempena program Baktisiswa Perdana UniMAP (2008) yang telah dilaksanakan, satu kajian telah dilakukan bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran insaniah. Selain itu kajian ini juga diadakan untuk mengkaji apakah elemen kemahiran insaniah paling tinggi diperolehi oleh pelajar dalam program bakti siswa perdana serta objektif ketiga adalah untuk mengkaji persepsi pelajar berdasarkan jantina terhadap penerapan kemahiran insaniah melalui program Bakti Siswa Perdana. Responden kajian ini terdiri daripada 270 orang pelajar UniMAP. Mereka telah mengikuti program Baktisiswa Perdana yang telah diadakan pada penghujung Julai 2008 selama 4 hari. Borang soal selidik telah diedarkan kepada respondean kajian dengan menggunakan kaedah Skala Likert. Data-data telah dianalisis menggunakan SPSS Versi 13.0. Dapatan kajian menunjukkan pelajar memberikan tanggapan yang baik terhadap program Bakti Siswa Perdana serta dapat meningkatkan kemahiran insaniah mereka. Hasil kajian juga mendapati bahawa elemen berkomunikasi dilihat sebagai elemen utama tertinggi diperolehi pelajar berbanding elemen-elemen lain yang dikemukakan. Agak menarik ialah hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang perbezaan tanggapan daripada pelajar berbeza terhadap kemahiran insaniah yang mereka perolehi sepanjang mengikuti program Bakti Siswa Perdana yang diadakan. Kajian ini akan mencadangkan beberapa pendekatan yang akan memantapkan lagi aspek kemahiran insaniah di kalangan pelajar UniMAP melalui program Bakti Siswa Perdana dimasa akan datang.
Description: Organized by Centre for Communication Skills and Entrepreneurship UniMAP in collaboration with The Ministry of Higher Education Malaysia, 5th - 6th December 2008 at Putra Palace Hotel, Perlis.
URI: http://dspace.unimap.edu.my/123456789/5842
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
KEMAHIRAN INSANIAH DAN KEPENTINGAN PENERAPANNYA DALAM PROGRAM BAKTISISWA PERDANA UniMAP.pdf48.48 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.