Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/53326
Title: Statistik Pekerja Dan Gaji & Upah 2016
Authors: Malaysia, Jabatan Perangkaan
mkho@stats.gov.my
Keywords: Pekerja, Gaji & Upah -- 2016
Jumlah Pekerja
Pekerja Mengikut Sektor
Gaji & Upah Mengikut Sektor
Issue Date: 19-Dec-2017
Publisher: Jabatan Perangkaan Malaysia
Abstract: Pada tahun 2015, seramai 8.7 juta orang direkodkan bekerja di sektor formal swasta berbanding 6.9 juta orang pada 2010. Daripada keseluruhan bilangan ini, 67.7 peratus (5.9 juta orang) merupakan pekerja lelaki sementara 32.3 peratus (2.8 juta orang) adalah pekerja perempuan. Kategori pekerja bergaji mewakili 90.4 peratus daripada keseluruhan pekerja pada tahun 2015. Kebanyakan pekerja bergaji ini merupakan pekerja bergaji sepenuh masa (97.0%) manakala selebihnya (3.0%) adalah pekerja bergaji sambilan. Dari segi bilangan pekerja mengikut kemahiran, pekerja separuh mahir mendominasi dengan peratus sumbangan sebanyak 61.9 peratus diikuti pekerja mahir (23.5%) dan pekerja berkemahiran rendah (14.6%). Dari perspektif aktiviti ekonomi, sektor Perkhidmatan mencatatkan bilangan pekerja tertinggi iaitu 4.8 juta orang (54.9%) dan diikuti dengan sektor Pembuatan dengan 2.1 juta orang (24.3%). Sementara itu, sektor Pembinaan dan Pertanian masing-masing merekodkan 1.3 juta orang (14.8%) dan 0.4 juta orang (5.1%). Sektor Perlombongan & Pengkuarian merekodkan peratus sumbangan terkecil, 0.9 peratus dengan 0.08 juta orang pada tahun 2015. Jumlah gaji & upah yang dibayar pada tahun 2015 di Malaysia adalah sebanyak RM245.69 bilion. Sektor Perkhidmatan mencatatkan nilai tertinggi jumlah gaji & upah iaitu sebanyak RM131.53 bilion dengan sumbangan 53.5 peratus diikuti oleh sektor Pembuatan RM65.49 bilion (26.7%) dan sektor Pembinaan RM32.90 bilion (13.4%). Sementara itu, sektor Perlombongan & Pengkuarian dan Pertanian masing-masing merekodkan jumlah gaji & upah sebanyak RM7.87 bilion (3.2%) dan RM7.90 bilion (3.2%).
Description: Link to publisher homepage at https://www.dosm.gov.my
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/53326
Appears in Collections:Malaysian Statistical Information

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Statistik.pdf237.5 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.