• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • Statistical Information
    • Malaysian Statistical Information
    • View Item
    •   DSpace Home
    • Statistical Information
    • Malaysian Statistical Information
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Statistik Pekerja Dan Gaji & Upah 2016

    Thumbnail
    View/Open
    Statistik.pdf (237.5Kb)
    Date
    2017-12-19
    Author
    Malaysia, Jabatan Perangkaan
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Pada tahun 2015, seramai 8.7 juta orang direkodkan bekerja di sektor formal swasta berbanding 6.9 juta orang pada 2010. Daripada keseluruhan bilangan ini, 67.7 peratus (5.9 juta orang) merupakan pekerja lelaki sementara 32.3 peratus (2.8 juta orang) adalah pekerja perempuan. Kategori pekerja bergaji mewakili 90.4 peratus daripada keseluruhan pekerja pada tahun 2015. Kebanyakan pekerja bergaji ini merupakan pekerja bergaji sepenuh masa (97.0%) manakala selebihnya (3.0%) adalah pekerja bergaji sambilan. Dari segi bilangan pekerja mengikut kemahiran, pekerja separuh mahir mendominasi dengan peratus sumbangan sebanyak 61.9 peratus diikuti pekerja mahir (23.5%) dan pekerja berkemahiran rendah (14.6%). Dari perspektif aktiviti ekonomi, sektor Perkhidmatan mencatatkan bilangan pekerja tertinggi iaitu 4.8 juta orang (54.9%) dan diikuti dengan sektor Pembuatan dengan 2.1 juta orang (24.3%). Sementara itu, sektor Pembinaan dan Pertanian masing-masing merekodkan 1.3 juta orang (14.8%) dan 0.4 juta orang (5.1%). Sektor Perlombongan & Pengkuarian merekodkan peratus sumbangan terkecil, 0.9 peratus dengan 0.08 juta orang pada tahun 2015. Jumlah gaji & upah yang dibayar pada tahun 2015 di Malaysia adalah sebanyak RM245.69 bilion. Sektor Perkhidmatan mencatatkan nilai tertinggi jumlah gaji & upah iaitu sebanyak RM131.53 bilion dengan sumbangan 53.5 peratus diikuti oleh sektor Pembuatan RM65.49 bilion (26.7%) dan sektor Pembinaan RM32.90 bilion (13.4%). Sementara itu, sektor Perlombongan & Pengkuarian dan Pertanian masing-masing merekodkan jumlah gaji & upah sebanyak RM7.87 bilion (3.2%) dan RM7.90 bilion (3.2%).
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/53326
    Collections
    • Malaysian Statistical Information [6834]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback