Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/34590
Title: Pendekatan kolaboratif dalam meningkatkan keterampilan berbahasa pelajar: satu kajian tinjauan terhadap pelajar IPTA
Authors: Siti Nurul Jannah, Fital
Mohamad Zaki, Abdul Halim
Suhaidah, Said
jannah@unimap.edu.my
zakihalim@unimap.edu.my
suhaidah@unimap.edu.my
Keywords: Pembelajaran bahasa
Keterampilan berbahasa
Kaedah kolaboratif
Issue Date: Feb-2014
Publisher: Universiti Malaysia Perlis
Series/Report no.: Proceeding of Symposium of International Language & Knowledge (SiLK 2014);
Proceeding of Symposium of International Language & Knowledge (SiLK 14);2014
Abstract: Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, terdapat empat kemahiran utama yang perlu dicapai. Empat kemahiran tersebut ialah kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Namun pada peringkat yang lebih tinggi, pelajar bahasa bukan sahaja berkemahiran, malah seharusnya berketerampilan dalam berbahasa. Kajian ini dijalankan bagi mencapai dua objektif utama. Pertama untuk melihat dan menilai keberkesanan kaedah kolaboratif sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan keterampilan berbahasa pelajar. Objektif yang kedua pula ialah untuk menghasilkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dalam meningkatkan keterampilan berbahasa pelajar. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Tempoh masa yang diambil ialah selama 1 semester iaitu 14 minggu kuliah. Sampel diambil daripada pelajar-pelajar IPTA yang mengambil kursus bahasa Melayu Universiti pada semester 1 sidang akademik 2013/2014.
Description: Symposium of International Language & Knowledge (SiLK 2014), 14th-16th Feb 2014 was held at Hydro Hotel, Penang organized by Centre for International Languages, Universiti Malaysia Perlis.
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/dspace/handle/123456789/34590
Appears in Collections:Centre for International Languages (Articles)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
SILK 2014_2.pdf119.24 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.