Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/21246
Title: Amalan kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan
Authors: Hamiza, Omar
Hirwan Jasbir, Jaafar
hamizaomar@yahoo.com
hirwan@unimap.edu.my
Keywords: Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA)
Melayu
Kepimpinan pengajaran
Sekolah berkesan & sekolah tidak berkesan
Issue Date: 29-Mar-2012
Publisher: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Citation: p. 160-175
Series/Report no.: Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2012
Abstract: Kajian ini memberikan tumpuan terhadap tahap amalan kepimpinan pengajaran pengetua dari segi pengamalan dimensi kepimpinan pengajaran antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Kajian ini dilaksanakan di 5 buah sekolah berkesan dan 5 buah sekolah kurang berkesan yang terdapat di negeri Perlis. Satu set borang soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut secara rawak bebas. Sebanyak 350 borang soal selidik telah diedarkan dan jumlah yang diterima semula adalah sebanyak 322. Seramai 164 orang responden terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sekolah berkesan dan selebihnya iaitu serarnai 158 Orang responden terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sekolah kurang berkesan telah mengisi borang soal selidik. Sebanyak lima hipotesis alternatif telah dibina dan diuji dengan menggunakan kaedah statistik min dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam dimensi mentafsir dan menyampaikan matlamat, dimensi mengurus kurikulum dan pengajaran dan dimensi memupuk iklim pembelajaran yang positif antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Manakala bagi dimensi mencerap dan memberi maklum balas kepada guru dan dimensi menilai program pengajaran, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Secara keseluruhannya, statistik deskriptif yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap pengamalan tingkah laku kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah berkesan adalah lebih tinggi iaitu pada min (M=3.80, SD=.59) berbanding sekolah kurang berkesan iaitu pada min (M=3.62, SD= .50). Kesimpulannya, pengetua di sekolah berkesan mengamalkan tingkah laku kepimpinan pengajaran lebih tinggi berbanding pengetua sekolah kurang berkesan.
Description: Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA)dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Kerajaan Negeri Perlis, 29 - 31 Mac 2012 Kompleks Perbadanan Putrajaya Presint 3, Putrajaya, Malaysia.
URI: http://dspace.unimap.edu.my/123456789/21246
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
AMALAN KEPIMPINAN PENGAJARAN PENGETUA.pdf6.35 MBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.