The use of Cactus opuntia as natural coagulant in wastewater treatment
Abstract
Air sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Air menjadi air kumbahan disebabkan oleh populasi yang semakin meningkat, peningkatan aktiviti ekonomi dan aktiviti perindustrian. Air buangan yang tidak dapat dielakkan boleh menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Terdapat banyak bahan pencemar yang boleh didapati dalam air sisa seperti logam, patogen dan fostat. Oleh itu, perlu mencari kaedah yang sesuai untuk rawatan air sisa. Dalam kajian ini, kebolehan Kaktus opuntia sebagai bahan pengumpal semulajadi dalam merawat air sungai dan Kaolin dilakukan dengan menggunakan peralatan Jar Test yang terletak di Makmal Alam Sekitar di Kampus Uniciti Alam dengan kelajuan pencampuran pesat sebanyak 130rpm selama 3 minit., kelajuan pencampuran perlahan sebanyak 80 rpm selama 20 minit dan masa pemendapan selama 30 minit. Ciri-ciri Kaktus opuntia telah dijalankan berdasarkan ciri-ciri kumpulan berfungsi dan potensi zeta untuk menentukan kumpulan berfungsi dan mekanisme pengumpalan yang terlibat dalam proses pengumpulan-pengelompokan. Kaktu opuntia dapat mengurangkan kekeruhan (74.39 + 0.82%) dalam air sunagi dan (89.52 + 0.96%) di dalam air kumbahan buatan manusia (air kaolin) dengan dos optimum yang sama iaitu 20 mg/L dan pada pH 5. oleh itu, ia dapat disimpulkan bahawa Kaktus opuntia paling berkesan dalam merawat air Kaolin berbanding air sungai. Oleh sebab Kaktus opuntia dapat mengurang kekeruhan yang tinggi di dalam air, kos rendah dan kurang kesan negatif terhadap alam sekitar, maka Kaktus opuntia mempunyai potensi untuk dijadikan pembantu bahan pengumpal untuk rawatan air.