dc.description.abstract | Sebanyak 52.9 peratus atau 79,016 graduan tahun 2021 bekerja dalam sektor swasta tempatan, diikuti
sektor swasta multinasional (16.5%; 24,692 graduan), Kerajaan Persekutuan (9.6%; 14,405 graduan) dan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebanyak 9.5 peratus (14,158 graduan).
Lima (5) IPT mencatatkan peratusan graduan bekerja dalam sektor swasta tempatan melebihi 70.0
peratus, iaitu ILKA MOTAC (80.0%; 8 graduan), kolej komuniti (74.9%; 3,495 graduan), ILKA KKR (73.0%; 170
graduan), ILKA KSM (72.5%; 1,862 graduan) dan ILKA KPLB (70.1%; 4,092 graduan).
Bagi sektor swasta multinasional, graduan IPTS merekodkan peratusan tertinggi, iaitu 19.9 peratus, diikuti
UA (11,012 graduan) dan IPT lain (135 graduan), iaitu masing-masing sebanyak 16.5 peratus.
Graduan UA merekodkan peratusan tertinggi yang bekerja dalam sektor Kerajaan Persekutuan (14.7%;
9,806 graduan), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) (5.3%; 3,503 graduan) dan badan berkanun sebanyak
4.3 peratus (2,891 graduan).
Manakala graduan ILKAP MAFI mencatatkan 9.3 peratus (37 graduan) bekerja dalam sektor kerajaan
negeri/tempatan. | en_US |